6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 9

AMALAN TERBAIK

PENEKANAN INTERVENSI NILAI TAMBAH CEO DALAM PENGURUSAN SEKOLAH



Oleh

FLAVIA SUIMIN

SMK Menumbok, Kuala Penyu Sabah

flavialajingah@gmail.com



Abstrak


Kepimpinan instruksional dan kepimpinan transformasi sering menjadi rujukan para pemimpin sekolah untuk mengubah iklim sekolah ke arah perubahan yang lebih baik. Sejajar dengan perkembangan pesat tanpa sempadan dunia digital dalam pendidikan, para pemimpin mungkin mengganggap bahawa nilai kemanusiaan sudah sebati dalam jiwa pendidik dan tidak dijadikan agenda utama dalam pengurusan. Objektif kajian ini adalah untuk menggunakan nilai tambah CEO dalam pengurusan sekolah sebagai satu prinsip panduan untuk mengubah iklim sekolah. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan soal selidik Iklim sekolah (The Nine Characteristics of High Performing Schools) dan pendekatan kualitatif (pemerhatian dan temubual). Analisis data adalah skor min dan juga menggunakan kaedah triangulasi iaitu pemerhatian dan temu bual dalam melaksanakan intervensi CEO. Seramai 59 orang responden (guru dan kaktangan) yang menyertai kajian ini yang dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun. Dapatan kajian menunjukkan penambahbaikan dalam skor min iklim sekolah secara keseluruhan terutamanya dalam bahagian kolaboratif/komunikasi . Dapatan juga menunjukkan peningkatan penglibatan SLT dan MLT dalam penulisan amalan terbaik dalam peringkat sekolah serta peningkatan penglibatan dan pencapaian guru dalam inovasi daerah dan negeri. Cadangan kajian akan datang adalah memperkenalkan fasa CEO dalam sekolah secara lebih terancang dan sistematik serta melengkapkan guru dengan kemahiran digital untuk memacu kecemerlangan sekolah dalam pelbagai aspek.


Kata Kunci : Kepimpinan Instruktional, Kepimpinan Transformasi, Iklim Sekolah, Intervensi, Kemahiran Digital

ACE STAR ACADEMY MENCUNGKIL BAKAT DI KALANGAN MURID-MURID

SMK TEBOBON UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN



Oleh

FONG YEE SHIN

AFFANDI BIN MUSA

SMK Tobobon, Kota Kinabalu Sabah

xea4046@moe.edu.my


Abstrak


Minat dan keinginan murid SMK Tebobon untuk menyertai mana-mana pertandingan adalah sangat rendah.Majoriti murid didapati idak mempunyai keyakinan diri untuk menyertai pertandingan. Namun, dua insan guru mengambil inisiatif untuk berkolaborasi bersama untuk mengenal pasti bakat murid yang terpendam untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan. Kumpulan sasaran melibatkan semua murid sesi pagi dan sesi petang. ACE Star Academy diwujudkan berupaya untuk mencungkil bakat murid dan meningkatkan penyertaan dalam pertandingan daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang dianjurkan. Didapati, pengurusan ACE Stars Academy berjaya melahirkan pemimpin muda mengurus penyertaan murid dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan sama ada tempatan mahupun antarabangsa sekaligus meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid.

DIGITAL PEDAGOGY : PRACTICES IN A  SCIENCE AND CHEMISTRY CLASSROOM



By

SHERRY YANJURUS

SMK St. John, Beaufort Sabah

g-34234254@moe-dl.edu.my



Abstract


This study aims to share methods used to capture students’ attention and engagement in the classroom by using digital appliances like AppleTV and also Apple iPad during the teaching and learning process. This study provides documented video and pictures showing students actively engaged in the lesson after the teacher integrated digitalisation in the classroom. iPad’s applications used to ease the teaching and learning process are Goodnotes, Canva and Roulette. This study has been conducted on students from both Form 4 and Form 5 Chemistry and Science classes. Collected data from simple questionnaires, pictures and videos showed that the implementation of these applications during the teaching and learning process increased their engagement towards both Chemistry and Science subjects and allowed them to experience an interactive and fun learning environment. This study also aims to improve the teacher's teaching method and hope that this will benefit the school institution by converting the students’ engagement and attention to outstanding academic performance especially in Chemistry and Science SPM subjects. Significant impacts of this study are growing Science and Mathematics teachers that use technology in the classroom, formation of Young Digital Teachers and also increment in SPM results.


Kata kunci : digital pedagogy, digital classroom, teaching and learning

NO FRANCISCANS LEFT BEHIND. A SUCCESS STORY IN TEACHING MATHS ONLINE



Oleh

BETTY LEONG 

SM St. Francis Xavier, Keningau Sabah

bettyleong234@gmail.com



Abstrak


Pandemik COVID-19 telah mewajibkan pendidik untuk mencari kaedah alternatif dalam pengajaran matematik. Penggunaan platform YouTube sebagai alat pengajaran utama telah membawa impak positif. Video pendek yang dibuat sendiri oleh guru dengan pengajaran langkah demi langkah membolehkan pembelajaran jarak jauh yang lebih efektif. Melalui penggunaan visual dan tunjuk cara yang disesuaikan dengan tahap murid dengan contoh praktikal, pelajar dapat memahami konsep matematik dengan lebih baik waalupun secara dalam talian. Pengajaran langkah demi langkah yang mudah dan secara konsisten menggunakan YouTube telah meningkatkan motivasi dan pemahaman murid. Defisit pembelajaran dapat diminimakan. Hasilnya, daripada 33 orang murid, 31 orang berjaya mendapat Gred A dan 2 orang mendapat Gred B+ dalam SPM 2021. Kesimpulannya, melalui amalan terbaik ini, pengajaran matematik melalui YouTube menjadi alternatif yang efektif dan berkesan semasa pandemik covid-19.

EmoPad : SAFE SPACE TO VENT 



By

EVA BINTI LAHI

NURSHAFIQAH BINTI SUHAIMIN

SITI NURFADZILA BINTI JAMIAN

SK Kunak 2, Kunak Sabah

evalahi17@gmail.com



Abstract


Solving mental health issues is currently proposed as a crucial responsibility among teachers. After our school, Sk Kunak 2 has been awarded as the semifinalist among top 15 World’s Best School Practices in Malaysia, we have came out proposing a technology practice in order to solve the mental health concerns. This best practice aims to raise the awareness of students, teachers, parents and community regarding mental health awareness regardless the usage of technology. The practice of EmoPad will be involving 40 teachers, 60 students, 20 parents and community. This EmoPad practice of technology practice provides a safe space for the students, parents, teachers and community to vent out their feeling without getting judged by the judgmental citizens out there. According tu Cao, 2019, “Our social judgments reveal a tension between morals and statistics”. Hence, in our perspective as the educators, providing a safe space is not only to protect the students’ mental health, but it is also building a strong relevance for the students to face the society without tarnishing their self esteem. We also believe that students have their own capacity to view things according to their own true definition. It is reflected to the process completing this technology practice where the students are given their personal space which we called an EmoPad to vent out their feelings and emotions without being judged by the society. Thus, this best practice of technology in solving the mental health issues among students, parents, teachers and community managed to become one of the top 15 school in Malaysia as World’s Best School Practice and currently attending the international level of competition ahead. 


Keywords : mental health, technology, safe space, judgmental, international, awareness

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : PERANAN PEGAWAI SIPARTNES+

MENGUPAYAKAN PEMIMPIN ORGANISASI



Oleh

ALBERT BAYOI

N.RAMES A/L M. NAGAIAH

HJH. KAMARIAH BINTI LAPATURUSI

HJH. SALIZA BINTI ZAHARI @JOHARI

Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Sandakan Sabah

albertbayoi499@gmail.com



Abstrak


Peranan penting pegawai SIPartners + adalah untuk mengupayakan pemimpin sekolah yakni Senior Leaders ( pengetua dan Penolong-Penolong Kanan) dan Middle Leaders ( Ketua-Ketua Bidang ). Model GROW telah digunakan untuk melaksanakan bimbingan (coaching). Strategi ‘ follow up & follow through’ digunakan sehingga isu-isu diselesaikan. Dalam proses bimbingan, pegawai SIPartners+ perlu menetapkan matlamat (goal) bersama dengan coachee (pegawai dibimbing ) melalui satu kontrak persetujuan antara Coach dan Coachee. Pegawai Sipartners+ juga harus dapat mengenalpasti masalah atau isu-isu yang berlaku sebagai situasi ebenar dihadapi ( Reality ). Semasa proses coaching berlangsung, terdapat beberapa pilihan atau strategi dan kaedah ( option) yang dikenalpasti boleh menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Akhir sekali coachee sendiri menetapkan strategi dan tarikh pelaksanaan sesuatu program (way forward). Selaras dengan Pelan Strategik Organisasi (PSO), PPD Sandakan telah menetapkan KPI (GPD : 4.99), maka semua sekolah menengah di Daerah Sandakan ( 20 buah ) tidak ada lagi GPS 6.00 ++. Dalam usaha ini, pegawai SIPartners+ telah melaksanakan program sokongan iaitu INCREASE sebagai antara inisiatif pemangkin ke arah kecemerlangan pendidikan di Daerah Sandakan. Oleh itu program bimbingan (coaching) di SMK St.Mary, Sandakan dimantapkan sepanjang tahun 2022 secara berulangan, memandangkan sekolah ini dalam tempoh tiga tahun lepas GPS ( 2019 :5.85, 2020: 5.81 dan 2021:6.37 ) menunjukkan GPS tidak konsisten, berlaku penurunan agak besar pada 2021 ( beza : - 56) dan merupakan antara sekolah menengah pada kedudukan /ranking bawah dan dimasukkan dalam sekolah Priority ( Reality ). Matlamat telah ditetapkan untuk mencapai sekurang-kurangnya GPS 5.00++ (Goal). Berbagai pendekatan dan strategi meningkatkan semula keputusan dilaksanakan, misalnya melaksanakan Root Cause Analysis (RCA). Berdasarkan RCA maka beberapa program utama seperti Project Learning Community (PLC), Kelas Tambahan Berfokus, Penggunaan Buku Kerja dan Modul serta Program Murid Kinestetik (Option). Program-program ini telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Pencapaian Keputusan SPM 2022 yang diperolehi oleh sekolah ini adalah sangat memberangsangkan iaitu GPS : 5.81, lonjakan Gred Purata Mata Pelajaran ( GPMP) terbaik di Daerah Sandakan dan semua matapelajaran menunjukkan peningkatan (Way forward). Berdasarkan pencapaian SPM 2022 sekolah ini, maka dapatlah dikatakan bahawa melalui program bimbingan /coaching berterusan sepanjang tahun 2022, Pegawai SIPartners+ telah berjaya mengupayakan coachee ( Senior Leaders dan Middle Leaders ) sehingga berlaku peningkatan yang ketara khususnya dalam keputusan SPM tahun 2022.


Kata Kunci : Peranan SIPartners+, Model GROW dan Prestasi SPM SMK. St. Mary.

KLINIK KITA PERMATA HATIKU



Oleh

JUWITAH SAITI

SK Ulu Sapi, Telupid Sabah

juwitah1974@gmail.com


ELLYDONNA YUKI

SK Ulu Sapi, Telupid Sabah

juwitah1974@gmail.com


BAHARIAH BINTI TALIB

SK Ulu Sapi, Telupid Sabah

bahariahtalib21@gmail.com



Abstrak 


Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan ramai murid mengalami masalah dalam pembelajaran terutamanya dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Murid-murid ini terdiri daripada murid pemulihan tahun 2 sehingga tahun 6 di SK Ulu Sapi, Telupid. Jumlah keseluruhan murid pemulihan adalah seramai 83 orang murid. Oleh itu, sebuah inovasi telah dihasilkan iaitu program Klinik Kita bagi membantu murid pemulihan khas. Objektif inovasi ini adalah meningkatkan kemahiran murid dalam membaca, menulis dan mengira, mengurangkan jumlah murid pemulihan khas dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik. Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam inovasi ini iaitu pemerhatian, temubual dan ujian. Program ini dijalankan dari bulan Mei sehingga bulan November 2022. Hasil program Klinik Kita ini mendapati bahawa ramai murid dapat meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Selain itu, jumlah murid pemulihan khas berkurang daripada 83 orang murid kepada 32 orang murid setelah menjalani saringan ujian IPP2M dan IKAM yang dijalankan. Inovasi seperti ini wajar diteruskan agar ramai murid tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)