6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 10

AMALAN TERBAIK

GCG



Oleh

NASYITAH BINTI SANIF

SMK Abdul Rahim II, Kudat Sabah

iytasanif@gmail.com


ROSIMAH BINTI ABDUL RASHID

SMK Abdul Rahim II, Kudat Sabah

g-28248290@moe-dl.edu.my


JOTA BIN MAGAIN

SMK Abdul Rahim II, Kudat Sabah

cikgosovy@gmail.com


SYLVIA MITING PAKOI

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat Sabah

cikgosovy@gmail.com



Abstrak


Groovy Curvy Girls (GCG) adalah inisiatif intervensi untuk menangani isu penglibatan murid asrama puteri sewaktu aktiviti riadah yang sangat kritikal iaitu hanya 20% sahaja. GCG adalah aktiviti riadah dalam bentuk senam robik yang menggabungkan gerakan senam tabata dan tarian etnik Borneo. Seramai 75 orang murid aspuri dan 3 orang warden asrama terlibat dalam inisiatif ini. Intervensi ini dilaksanakan pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu setiap minggu selama 3 bulan di dewan sekolah. Objektif utama inisiatif ini adalah meningkatkan tahap penglibatan murid asrama puteri secara 100%. Berdasarkan data, inisiatif ini amat berimpak tinggi kerana berjaya menangani isu tersebut dengan mencapai 100% penglibatan murid dalam aktiviti riadah, di samping murid memperolehi nilai tambah dalam perkembangan potensi kepimpinan dan keyakinan diri yang semakin positif.


Kata kunci : Groovy Curvy Girls (GCG), penglibatan murid

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU


Oleh

MOHD AZIZUAN ABDULLAH (Ph.D)

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu

azizuanabdullah73@gmail.com


DG NORLIAH BINTI OMAR

Pejabat Pendidikan Daerah Papar

dgnorliah22@gmail.com



Abstrak


Pembangunan Profesionalime Guru (PPG) merupakan salah satu aspek yang menjadi fokus Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Bilangan Guru Cemerlang (GC) di negeri Sabah masih kurang dan belum ada guru yang menerima anugerah guru di peringkat antarabangsa. Selain itu, kemahiran pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC+) dalam mengelolakan program secara maya masih perlu ditingkatkan. Oleh itu, program Wacana Pendidik (W-Pen) ini dirancang dan dilaksanakan untuk berkongsi maklumat terkini berkenaan ruang dan peluang untuk meningkatkan pembangunan profesionalisme guru. Di samping itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pegawai SISC+ dalam mengurus program secara maya. Dapatan program W-Pen menunjukkan bahawa program ini menepati tajuk, meningkatkan percambahan minda, menggunakan masa secara optimum, relevan terhadap kerjaya dan perkongsian yang bermanfaat. Dalam pada itu program ini juga dapat meningkatkan kemahiran SISC+ mengendalikan program secara maya, kerja berpasukan yang lebih mantap, kemahiran menyelesaikan masalah, mengurus masa dan komunikasi yang lebih berkesan, perudingan dan konsultasi, pengurusan risiko dan akhir sekali softskill dan kemahiran digital.  Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru untuk memohon jawatan GC serta memberikan panduan kepada guru yang berminat untuk mendapatkan dua anugerah yang disasarkan oleh JPNS iaitu anugerah Princess Maha Chakri dan Anugerah Guru Global. Program ini juga boleh dijadikan rujukan oleh bakal guru yang ingin menjadi GC dan mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.


Kata Kunci : Pembangungan Profesionalisme Guru, W-Pen, SISC+

PROGRAM DELVE INTO YOUR (D.I.Y.) PARADISE OF KNOWLEDGE



Oleh

JENNIFER ASING

MERCY SAIDAH @ SAIDI

HILDAH JOSEPHINE G KUYUN

TERESA MOLOYOS

Sekolah Menengah Saint Michael, Penampang Sabah

jenniferasing@yahoo.com.my



Abstrak


Program Delve Into Your (D.I.Y.) Paradise of Knowledge merupakan kesinambungan daripada Projek “R.O.C 2 R.E.A.D” (Resource Outreach Centre to Read with Enthusiasm, Affection and Delight) yang dilaksanakan oleh SM. St. Michael, Penampang untuk memperluas penggunaan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan sekolah secara maya selaras dengan perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasa Pendidikan Digital dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah Anjakan 7 iaitu memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Program D.I.Y. Paradise of Knowledge didukung oleh Program Virtual Library merangkumi My ‘G.L.E.E’ Programme dan Program Guru Unggul. Penaiktarafan perpustakaan maya di sekolah dimantapkan dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat melalui Serambi Ilmu Rakyat (SIR). Kolaboratif ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses maklumat dengan mudah dan mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam pencarian maklumat. Keberkesanan program ini dapat dilihat melalui aktiviti yang membawa impak yang besar bagi melestarikan budaya membaca dalam kalangan murid apabila penghantaran rekod bacaan NILAM murid-murid meningkat daripada 93.19 % (2021) kepada 95.21 % (2022) seterusnya 98.89 % (September 2023). Justeru, unit pusat sumber sekolah mampu melahirkan Tokoh NILAM yang berjaya mewakili daerah Penampang, bahagian Kota Kinabalu seterusnya sehingga peringkat negeri. Kemenjadian murid dalam bidang akademik terserlah dengan kejayaan sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 2.98 pada tahun 2021 kepada 2.53 pada tahun 2022. Pada masa yang sama, keputusan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada tahun 2022 berbanding 2021 dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2.81 daripada 2.95 bagi Bahasa Melayu manakala 1.53 berbanding 2.25 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. 


Kata kunci : Program Delve Into Your (D.I.Y.) Paradise of Knowledge, Virtual Library, Serambi Ilmu Rakyat (SIR)

SINTORBANDAU:MENINGKATKAN PERATUS LMS SPM BANDAU 2022



Oleh

PETER SEMUDIN

SMK Bandau, Kota Marudu

pitosemudin@gmail.com


DR. MOHD. AZIZUAN JESKIL BIN ABDULLAH

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu


JOSIL KIDUTAH

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu



Abstrak


Kemenjadian murid berdasarkan Standard 5 SKPMg2 amat penting ke arah membentuk peningkatan sahsiah murid dalam sesebuah institusi. Bermulatahun 2020 peratus LMS SPM Bandau mula merosot sebanyak 1.24% berbanding tahun sebelumnya. Seterusnya, penurunan peratus LMS terus berlaku pada tahun 2021 sebanyak 3.37%. Hasil dapatan Dialog Prestasi Post Mortem SPM Bil 2/2022 , isu penurunan LMS SPM 2021 telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.25 iaitu 5.54 pada tahun 2021 kepada 5.79 tahun 2022. Maka, amalan terbaik SMK Bandau dalam membendung isu penurunan peratus LMS berlandaskan kerangka Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dengan mewujudkan Program Sintor Bandau. Perkataan ‘Sintor’ diambil daripada bahasa Dusun Kimaragang bermaksud semangat ke arah mencapai kejayaan. Maka, sinergi kepimpinan pengetuasignifikan ke arah mengubah landskap hubungan antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti dengan lebih erat. Kesannya, anjakan paradigma cara berfikir dan bertindak secara kolektif telah terbukti dengan kejayaan program Sintor Bandau dalam meningkatkan peratus LMS SPM SMK Bandau pada tahun 2022.


Kata kunci: SINTOR, LMS,sinergikepimpinan, landskaphubungan, anjakan paradigma


DIGITAL PEDAGOGY : PRACTICES IN A SCIENCE AND CHEMISTRY CLASSROOM



Oleh

SHERRY YANJURUS

SMK St. John, Beaufort Sabah

g-34234254@moe-dl.edu.my



Abstract


This study aims to share methods used to capture students’ attention and engagement in the classroom by using digital appliances like AppleTV and also Apple iPad during the teaching and learning process. This study provides documented video and pictures showing students actively engaged in the lesson after the teacher integrated digitalisation in the classroom. iPad’s applications used to ease the teaching and learning process are Goodnotes, Canva and Roulette. This study has been conducted on students from both Form 4 and Form 5 Chemistry and Science classes. Collected data from simple questionnaires, pictures and videos showed that the implementation of these applications during the teaching and learning process increased their engagement towards both Chemistry and Science subjects and allowed them to experience an interactive and fun learning environment. This study also aims to improve the teacher's teaching method and hope that this will benefit the school institution by converting the students’ engagement and attention to outstanding academic performance especially in Chemistry and Science SPM subjects. Significant impacts of this study are growing Science and Mathematics teachers that use technology in the classroom, formation of Young Digital Teachers and also increment in SPM results. 


Kata kunci : digital pedagogy, digital classroom, teaching and learning

BIMBINGAN INSTRUKSIONAL DIGITALISASI JARINGAN KOMUNITI CIKGU JUARA DIGITAL  (BIJAK CJD)



Oleh

NANCY NG YUT KUAN (Ph.D)

Pejabat Pendidikan Daerah Beluran Sabah 

nancyppdbeluran@gmail.com



SYLVIA MITING PAKOI

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat  Sabah

nancyppdbeluran@gmail.com



ASRIFAH AMIRUL

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu Sabah

asrifahsisc@gmail.com




Abstrak


Program Trending EduInfluencer BAYU atau Based Action YouTube Utmost (BAYU) adalah inisiatif jalinan dan jaringan pintar dalam merekayasa inovasi Bimbingan Instruksional Digitalisasi Jaringan Komuniti Cikgu Juara Digital (BIJAK CJD) yang kompeten dan produktif untuk melestarikan komuniti pendigitalan PdPc guru yang luar biasa. Dalam norma baharu, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah keperluan utama era digital. Konsensus global menunjukkan bahawa kemahiran digital harus digabungkan dalam pendidikan khususnya pedagogi, ko-akademik dan elemen merentasi kurikulum. Isu utama adalah hanya 6 orang CJD dengan 12% seluruh Sabah sejak 4 tahun lalu.  Antara objektif BIJAK CJD ini adalah merekayasa BAYU  sebagai platfrom digital melalui youtube yang digunakan untuk melaksanakan bimbingan secara online kepada calon atau guru yang berpotensi dan berminat dipilih sebagai Cikgu Juara Digital (#CJD) 2023 di PPD Kudat, PPD Ranau, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu dan PPD Beaufort serta khasnya di 24 daerah seluruh Sabah. Justeru, BIJAK CJD adalah inovasi sistem untuk menghasilkan kumpulan pendidik pakar teknologi digital. Ia selari dengan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia Teras 4(S1): Membangunkan Bakat Digital Yang Tangkas dan Kompeten melalui Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), Selepas siaran BIJAK CJD berlangsung di udara, seramai 59 orang guru di Sabah telah memohon CJD 2023. Jumlah pemohon dan penyertaan ini adalah paling tertinggi selepas 5 tahun CJD diperkenalkan oleh MDEC. Sebagai kajian impak pada 2 Mei 2023 sejurus keputusan Cikgu Juara Digital 2023 diumumkan, seramai 13 orang guru mendapat Anugerah CJD dari 12 daerah di Sabah seperti daerah Beluran, Beaufort, Kota Kinabalu, Semporna, Kunak, Tamparuli, Tuaran, Ranau, Tawau, Sandakan, keningau dan Lahad Datu. Sasaran BIJAK CJD di Sabah sebanyak 50% telah tercapai dengan cemerlang di mana 13 orang guru (54.2%) dan 12 daerah (50%) dinobatkan Cikgu Juara Digital 2023 di Sabah. Syabas diucapkan dengan pelaksanaan inovasi BIJAK CJD di bawah Program BAYU.


Kata kunci : BAYU, BIJAK, CJD, CPD, PLC

h-PBL DALAM MEMBANGUNKAN KARAMAH INSANIAH



Oleh

NANCY NG YUT KUAN (Ph.D)

Pejabat Pendidikan Daerah Beluran

nancyppdbeluran@gmail.com


AISHAH BINTI MOHD ARIS

SMK Beluran, Beluran

aishahmohdaris@gmail.com



Abstrak


Isu murid cicir dalam PdP semakin hangat dibicarakan dalam membangunkan karamah insaniah. Melalui pembacaan jurnal, didapati Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan salah satu kaedah pedagogi yang holistik dalam membentuk kemenjadian murid di samping dapat menerapkan elemen KBAT, STEM, Pendekatan Bertema dan PAK-21 untuk merapatkan jurang keciciran murid dalam PdP. Memandangkan para pelajar serta ibu bapa menghadapi isu capaian internet, sosioekonomi dan lokaliti, kami mengintegrasikan pembelajaran hibrid dalam pembelajaran berasaskan projek atau model secara maksimum bagi mencapai impak yang lebih optimum. h-PBL merupakan satu akronim intervensi PdP yang membawa maksud h sebagai hibrid dan PBL bermaksud Project Based Learning. Melalui h-PBL ini, kemenjadian murid dapat direkayasa melalui kombinasi platform digital serta Eviden h-PBL dimuatnaik dalam Dashboard h-PBL bagi menghargai karamah insaniah murid agar mereka terus bermotivasi dan tidak cicir dalam PdP.


Kata Kunci : PBL, Pendekatan Bertema, Pembelajaran Digital dan Pembelajaran Hibrid

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)