6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 14

INOVASI

KASEBA SHOSHIN FDH



Oleh

ROSMARIA LORIN

 SMK Bandau, Kota Marudu 

lilymaria85@gmail.com



Abstrak


Format KSSM Sejarah Kertas 2 terkini memerlukan murid mahir menjawab soalan KBAT Sejarah dengan lebih berkesan. Buktinya, peruntukan 45 hingga 60 peratus markah bagi soalan KBAT Sejarah kertas 2 SPMmenunjukkan betapa pentingnya murid menguasai kemahiran asas menulis esei KBAT sejarah terbuka.Menyedari hal ini, saya telah menghasilkan Kaseba Shoshin FDH iaitu inovasi alat pembelajaran kreatifyang digunakan secara “hands-on” bagi mengatasi isu murid kurang menguasai kemahiran asas menulis esei KBAT Sejarah Terbuka dengan mengaplikasikan formula matematik sifir dua dan sifir 4dengan lebih pantas dan mudah. Malahan,kos penyediaan yang murah  dan  berkonsepkan mampu milik membolehkan setiap golongan murid terutama kumpulan B40 dapat memiliki inovasi ini. Prototaip awal yang dibina berdasarkan uji cuba telah membantu melonjakkan peratus keputusan LMS SMK Bandau sebanyak 4%. Prototaip Ver. 2 terkini ialah penghasilan kaseba bersama kad jawapan shoshin FDH positif dan negatif yang boleh diguna serentak dalam dalam bilik darjah.Hasil penilaianujian rintis inovasi  initerhadap 15 orang murid telah membantu mereka menjawabsoalan 100% menepati peruntukan markah.Dapatanujicubajuga  menunjukkan  berlaku penjimatan masamurid menguasai kemahiran ini.  Berdasarkan ujicuba di tiga buah sekolah menengah di Negeri Sabah didapati penggunaan inovasi ini amat  berkesan dalam mengatasi isumurid kurang menguasai asas kemahian menjawab esei KBATterbuka kertas 2 sejarahMenengah Atas.


Kata Kunci : Kaseba Shoshin FDH, KBAT Terbuka, Sejarah, “Hands-on”, LMS

i-SUCCESS 2.0



Oleh

HALIANTI BINTI AMIRUDDIN

AIDIL SHAZWAN MOHD

NUREZAIEKA BINTI SAIFUDIN

NORLEHA BINTI KERISIM

SR Islamiah Tawau, Sabah

aidilsyazwan.mohd@gmail.com



Abstrak


Inovasi i-Success adalah satu inovasi digital berbentuk aplikasi telefon pintar yang digunakan sebagai salah satu medium untuk merekod, menyimpan dan menyemak tugasan ataupun kerja rumah. Selain itu, produk ini juga dapat memudahkan murid-murid mendapat info pembelajaran yang perlu dengan cepat seperti jadual kelas, jadual peperiksaan, buku teks digital, video pembelajaran berbentuk didik hibur dan sebagainya. Produk inovasi ini juga menyediakan ruang kepada murid untuk menulis e-jurnal dan refleksi diri dan ruang untuk mencatat checklist harian semasa cuti bagi meningkatkan lagi produktiviti hidup dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Kebolehcapaian maklumat dan info melalui produk ini sangat mudah, senang dan cepat. Inovasi ini telah dilaksanakan kepada beberapa kumpulan murid-murid tahap 2 di sekolah. Produk ini dibangunkan menggunakan platform jotform dan ia mudah untuk digunakan. Impak kegunaan produk inovasi ini ialah dapat mengurangkan masalah murid tidak siapkan tugasan, dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup murid di rumah, menjimatkan masa, kos yang rendah dihasilkan dan menarik minat untuk menghafal berdasarkan bahan berbentuk didik hibur yang disediakan dalam aplikasi. Produk ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam bidang pendidikan khususnya untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan utama. produk ini juga boleh iubahsuai mengikut tahap pendidikan.


Kata Kunci : i-Success, tugasan, refleksi, kebolehcapaian, produktiviti

PEMANTAPAN DIGITALISASI SEKOLAH MELALUI APLIKASI eHADIR



Oleh

FERDENAND ALOYSIUS

SMK Limbanak, Penampang Sabah

g-83255709@moe-dl.edu.my



Abstrak


Pandemik yang melanda negara pada tahun 2020-21 telah mendorong pihak sekolah khususnya Unit Hal Ehwal Murid mencari jalan untuk merekodkan kehadiran murid dengan lebih mudah. Data kehadiran perlu mudah diakses oleh semua guru untuk menyemak kehadiran murid. Perekodan juga haruslah mudah dan selamat. Selepas mengumpul maklumat yang mencukupi tentang data yang di perlukan serta perisian yang boleh digunakan maka Aplikasi eHadir Murid dibangunkan pada tahun 2022. Pada ketika itu aplikasi eHadir bergerak sendiri, tetapi selepas banyak perubahan terhadap pendigitalan pengurusan, aplikasi ini menjadi salah satu sub modul dalam School Synthesis  Integrated Solution System (SSISS). Pengambilan kehadiran secara manual memerlukan guru masuk ke kelas supaya proses pemeriksaan dapat dijalankan. Oleh kerana guru kelas biasanya individu yang mengambil kehadiran murid maka guru selain guru kelas sukar untuk menyemak kehadiran murid. Statistik kehadiran juga lambat untuk dijana kerana semua kelas haruslah selesai mengambil kehadiran terlebih dahulu. Inovasi yang dihasilkan memudahkan kehadiran murid diambil bukan sahaja kehadiran kesekolah tetapi boleh diluaskan kepada kehadiran KOKUM, daftar masuk bilik-bilik khas dan juga lain-lain. Kelebihan pihak sekolah membangunkan inovasi ini walaupun terdapat aplikasi yang serupa boleh diperoleh diluar ialah pembangunan aplikasi secara in-house membolehkan aplikasi ini diolah mengikut keperluan sekolah. Sebarang penambahbaikan juga boleh dilakukan serta merta tanpa menunggu pihak luar. Inovasi ini sendiri mudah dan cepat untuk digunakan. Murid hanya perlu ada kod QR yang dicetak pada kad murid dan mengimbas pada telefon bimbit yang disediakan. Guru-guru juga boleh mengakses kehadiran murid dengan mengunakan telefon bimbit masing-masing.



Kata kunc i : kehadiran murid, mudah, pantas, boleh ubahsuai

Re-SEHA



Oleh

DATU ROSLIN BIN DATU SIABOK

droslin68@yahoo.com.my


KHAIRUDDIN BIN JAMAL@ JASLEY BIN JAMARI

khairuddinjj@gmail.com


HAIDI BIN ENTOH (Ph.D)

dnies@rocketmail.com


MOHD AZIZUAN ABDULLAH (Ph.D)

azizuanabdullah73@gmail.com


AMINULRASHID BIN FAUZI RAHMAN

afbaudi@gmail.com


MAZRIN BINTI YUBING

mazrinyubing@gmail.com


NORIKO MONDOLOU

noriko.mondolou@moe.gov.my


ALAN CHONG SHU SOON

alansoon281@gmail.com



Abstrak


Inovasi bermaksud memperkenalkan sesuatu idea, kaedah, sistem atau proses yang baharu kepada gerak kerja atau produk sedia ada. Dalam konteks Pendidikan, ianya boleh ditafsirkan sebagai kaedah atau usaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik kepada pengurusan organisasi pendidikan itu sendiri sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan terutamanya dalam membantu  pembangunan di sekolah-sekolah. Untuk melaksanakan sebarang pembangunan atau penyelenggaraan ke sekolah-sekolah, peruntukan kewangan perlu diturunkan ke PPD oleh pihak JPN. Untuk itu satu proses perolehan kerja dibuat dengan melaksanakan proses sebutharga. Sebaik sahaja waran peruntukan diterima maka proses sebutharga akan bermula dengan mengeluarkan Iklan Sebutharga. Setelah tempoh iklan tersebut ditutup maka proses penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Sebutharga (AP11) akan dibuat. Pelaksanaan penilaian akan dibuat dalam tiga peringkat iaitu Penilaian oleh Jawatankuasa Pembuka Peti Sebutharga, disusuli oleh Penilaian Teknikal  dan seterusnya Penilaian Kewangan. Selepas ketiga-tiga proses penilaian tersebut selesai barulah dibuat rumusan dan seterusnya Jawatankuasa Sebutharga akan bermesyuarat untuk menentukan penyebutharga mana yang akan dipilih bagi mana-mana sebutharga. Sebelum ini, di peringkat pelaksanaan proses penilaian secara manual (borang kertas dan pen) bagi ketiga-tiga Jawatankuasa tersebut dilaksanakan, terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti. Antara isu tersebut adalah proses penilaian mengambil masa yang lama, masalah pengisian borang dan penggunaan kertas yang banyak , keputusan rumusan Sebut harga lambat diperolehi dan AJK sebut harga perlu ramai menyebabkan kos operasi bertambah. Berdasarkan kepada dapatan isu-isu yang telah dikenalpasti maka bermula pertengahan bulan 15 Disember 2020 unit pembangunan (perolehan dan Infrastruktur) PPD Kota Marudu telah membuat inisatif dengan menghasilkan satu inovasi baharu bagi menggantikan sistem manual proses penilaian sebutharga dimana idea ini telah dikemukakan oleh Tuan PPD sendiri dan meminta unit ini untuk menghasilkan satu sistem yang boleh memudahkan keseluruhan proses penilaian sebutharga. Justeru, setelah melalui beberapa proses perbincangan, penyelidikan dan percubaan maka terhasillah inovasi ini yang dinamakan Re-SeHa yang bermaksud Re- Rekod Elektronik, SeHa – Sebut Harga. Sistem ini telah digunapakai dalam beberapa sebutharga dan Impak serta hasilnya sangat hebat. Re-SEHA ini dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan memberikan kesan yang sangat baik kerana ianya sangat efektif dan efisien dari sudut pengurusan kepada organisasi. Jika sebelum ini ada enam sebutharga dan jumlah penyebutharga (borang & dokumen)  banyak di proses, ianya mengambil masa seminggu untuk diproses oleh ketiga-tiga JK Penilaian. Namun dengan adanya sistem ini, sebanyak 10 sebutharga yang telah diproses hanya memerlukan 2 hari setengah sahaja untuk diselesaikan. Pengunaan kertas juga sangat sedikit dan terkawal berbanding sebelum ini dimana hanya rekod penilaian yang sudah lengkap direkod dalam sistem ini sahaja yang akan dicetak. Ini sangat-sangat menjimatkan pengunaan kertas dan secara tidak langsung juga telah membantu mengurangkan kos operasi. Apa yang paling menarik dan yang paling penting menjimatkan masa adalah, jika sebelum ini tempoh masa untuk membuat rumusan penilaian satu  sebutharga mengambil masa antara 40 hingga 60 minit untuk diselesaikan oleh pihak urusetia, kini dengan adanya Re-SeHa, masa yang diambil untuk membuat rumusan tersebut hanya perlukan beberapa saat sahaja. Kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa Re-SEHA ini adalah satu inovasi yang dapat mempercepatkan tempoh masa penilaian,  mempermudahkan proses pelaksanaan dan merekod penilaian sebutharga dengan lancar dan lebih efisien.


Kata Kunci : Rekod Elektronik Kantin, AP1, JK Pembuka Peti Sebutharga, Penilai Teknikal, Penilai Kewangan, JK Sebutharga

I-JAWI - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF JAWI TUNGGAL

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 1



Oleh

NUR FATIN SAFIQA BINTI MASRIAL

NOORHASIMAH BINTI SABIRIN

ZULQURNAIN BIN AHMAD

ASRAN BIN OMAR

MOHAMAD SYAFIQ BIN CHE AHMAD

IRWAN FIRDAOS BIN ABDUL MUIS

SK Ulu Dusun, Sandakan Sabah

sekolah-6844@moe-dl.edu.my



Abstrak


Penguasaan jawi dalam kalangan murid-murid masih lemah kerana murid masih tidak mengenali huruf jawi tunggal. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf jawi tunggal dengan lebih menarik. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang murid tahun 1 Zamrud dari SK Ulu Dusun, Sandakan Sabah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan hasil kerja murid, ujian pra, temubual dan juga pemerhatian. Hasil tinjauan mendapati murid masih tidak dapat mengenal 37 huruf jawi tunggal seterusnya menyukarkan mereka untuk membaca dan menulis perkataan jawi. Bagi menangani masalah yang dihadapi, Kumpulan Mim i-Team (Murabbi, Muddaris, Muallim, Muaddib, Mursyid) innovation team telah memperkenalkan i- Jawi iaitu aplikasi interaktif Jawi yang mengandungi huruf jawi tunggal beserta latihan pengukuhan. Penggunaan aplikasi i-Jawi

dapat melahirkan murid Celik IT selaras dengan teras utama Pendidikan KPM iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan i-Jawi ini telah meningkatkan prestasi mengenal huruf jawi tunggal dalam kalangan murid melalui dapatan data ujian pasca, semakan hasil kerja murid, temubual dan juga pemerhatian. Penggunaan i-Jawi telah memberi impak yang positif dan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Selain itu, aplikasi i-Jawi yang interaktif sangat membantu menarik minat murid untuk belajar dengan tekun seterusnya mencintai tulisan jawi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran menggunakan i-Jawi haruslah diteruskan.


Kata Kunci : Huruf jawi tunggal, i-Jawi, interaktif

PREPBOX  ALAT BANTU MENGAJAR PEMBUATAN ROTI



Oleh

RUSMADI BIN AHMAD

SMK Tansau, Penampang

g-67250031@moe-dl.edu.my


NORANINAH BINTI MURAH

SMK Tansau, Penampang

noraninahm@gmail.com


NAWWAR BINTI ABDUL MUMEN

SMK Tansau, Penampang

nawwarmumen@gmail.com



Abstrak


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di seluruh negara dalam usaha untuk menjadi salah satu pusat latihan sumber modal insan yang berkemahiran dengan menawarkan beberapa subjek Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) yang melayakkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di peringkat sekolah menengah ditauliahkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Modular. Justeru itu, terhasillah Prep Box yang digunakan untuk membantu menyelesaikan isu murid KVS Pembuatan Roti. Prep Box berfungsi sebagai sebuah kotak persediaan yang yang lengkap dengan bekas penyimpanan bahan dan resepi roti yang telah dipermudahkan serta dilengkapi dengan sistem First In First Scale (FIFS) serta tatacara pembuatan roti yang lebih sistematik di samping menerapkan penggunaan kaedah mnemonic. Hasil analisis senarai semak proses kerja pembuatan roti mendapati Prep Box telah membantu menyelesaikan enam isu utama MBPK semasa menyediakan roti iaitu mudah keliru dengan jenis, kuantiti, turutan bahan, roti lambat siap, masalah penyimpanan bahan dan kekerapan MBPK melihat semula resepi. Prep box dilihat berpotensi untuk ke arah pendigitalan di samping nilai tambah untuk dikomersialkan dan dipasarkan kepada pengguna sebagai Prep Box starter pack yang lengkap dengan bahan-bahan pembuatan roti. Kesimpulannya, Prep Box telah berjaya membantu mengatasi enam masalah MBPK semasa proses pembuatan roti dengan mengadaptasi sistem FIFS dan kaedah mnemonic.


Kata Kunci : Inovasi Prep Box, Program Pendidikan Khas Integrasi, Kemahiran Vokasional Spesifik, Subjek Pembuatan Roti, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Modular

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)