6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 12

INOVASI

APLIKASI SAINS TINGKATAN 3 MUDAH (ST3M-UNIQUE)



Oleh

NURSYAHIRAH AHMAD 

SMK Batu Sapi,  Sandakan Sabah

g-75512857@moe-dl.edu.my 


WONG KIM TSIN

SM Sung Siew,  Sandakan Sabah


CHELSIE ANNE RAYMOND

SMK Entilibon,  Telupid, Sabah



Abstrak


Aplikasi ST3M-UNIQUE (Sains Tingkatan 3 Mudah) menampilkan keunikan dan kemudahan pembelajaran subjek Sains Tingkatan 3 bagi murid-murid. Aplikasi ST3M-UNIQUE ini merupakan aplikasi mobil pertama dibina berdasarkan rujukan buku teks KSSM bersama soalan-soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahagian A (objektif). Pernyataan masalah bagi inovasi ini ialah, murid kurang berminat dan bermotivasi dalam kelas sains kerana menganggap subjek sains ini sebagai subjek yang amat sukar difahami dan dijawab terutamanya dalam pentaksiran akhir tahun yang memuatkan keseluruhan topik tingkatan. Guru juga menghadapi masalah dalam kelas sains di mana, didik hibur tidak boleh dilaksanakan dengan baik kerana kemudahan terhad terutamanya di sekolah luar bandar. Ditambah lagi dengan kekangan masa untuk melaksanakan aktiviti PAK21. Guru juga mendapati aktiviti berkumpulan selalu tidak mencapai objektif kerana tidak semua murid melibatkan diri secara aktif. Oleh itu, murid tingkatan 3 perlu kaedah pengajaran berasaskan teknologi yang menarik minat mereka untuk belajar sains, sekaligus untuk pendedahan murid kepada teknologi. Penyelesaian kepada masalah ini juga guru boleh menggunakan kaedah pengajaran berasaskan teknologi yang boleh diakses secara luar talian tetapi pada masa yang sama kaedah yang sangat interaktif kepada pelajar. Oleh itu, sebuah aplikasi yang dinamakan ST3M-UNIQUE (Sains Tingkatan 3 mudah) dibangunkan yang memaparkan kuiz latihan topikal secara digital Sains Tingkatan 3. Selain latihan, aplikasi ini juga memaparkan nota-nota ringkas setiap topik Sains Tingkatan 3. Penerangan secara alih suara dalam nota dalam beberapa topik juga dimuatkan dalam aplikasi ini. Latihan topikal digital yang menarik minat dan memberi cabaran kepada murid pada setiap topik. Aplikasi ini mudah diakses pada bila-bila masa (boleh secara luar talian) setelah selesai aplikasi dimuat turun, serta menampilkan kesemua 10 topik sains tingkatan 3 yang menarik dan seronok untuk dijawab. Secara keseluruhannya, aplikasi ini mengandungi sejumlah 100 soalan bagi kesemua topik yang mempunyai tahap soalan berbeza-beza (TP1 – TP5). Sesungguhnya, aplikasi ini mengetengahkan elemen SDG 4 (Education Quality) yang menggunakan gamifikasi dalam pendidikan. Markah penilaian juga diberi untuk setiap topik dan Certificate of Completion diberi setelah selesai cabaran bagi semua topik. Impak penggunaan aplikasi ini kepada murid ialah, murid berasa lebih seronok belajar subjek sains dan lebih mudah memahami isi kandungan sains dengan paparan interaktif daripada aplikasi ini. Berdasarkan data maklum balas yang diterima oleh pengguna aplikasi ini, 90% murid boleh belajar secara berdikari menggunakan aplikasi ini dan 92% murid berjaya memahami kandungan 10 topik sains tingkatan 3. Sesungguhnya, aplikasi ini boleh didapati dan dimuat turun dalam google playstore untuk dikomersialkan dengan secara lebih meluas lagi.


Kata Kunci : STEM, didik hibur, gamifikasi pendidikan, pendidikan digital

INOVASI e-B’B



Oleh

DYMNAH @ NIRWAANAH BINTI DOMINIC 

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

dymnah@ipgm.edu.my


VIVEMARLYNE F. MUDIN (Ph.D)

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

vmarlynemudin@gmail.com


HELENA BINTI SANGAU 

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

helenasangau5594@gmail.com


SAMIH BIN KUKUNG 

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

samih1979kukung@gmail.com




Abstrak


Kemahiran membaca adalah sangat penting bagi murid-murid tahun satu. Murid perlu menguasai aspek kemahiran membaca berdasarkan DSKP BKD Tahun 1, 2.1.1 (ii) bentuk dalam bahasa Kadazandusun. Inovasi ini bukan sahaja dapat menarik minat serta perhatian murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, malah sekaligus dapat menyelesaikan masalah murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca (ii) bentuk. Seramai 10 orang murid tahun 1 terlibat dalam inovasi ini untuk menguji kesesuaian penggunaannya sebagai alat bantu meningkatkan kemahiran membaca. Inovasi e-B’B ini dihasilkan menggunakan medium interaktif Powerpoint. Murid akan membaca perkataan yang mewakili perkataan (bentuk) dalam bahasa Kadazandusun. Ujian pra dan ujian pos telah digunakan bagi menganalisis tahap penguasaan murid. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos. Pengaplikasian inovasi ini juga telah menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan selaras dengan salah satu prinsip dalam pembelajaran interaktif. Inovasi ini menyarankan agar penggunaan bahan inovasi yang kreatif dan interaktif dalam pengajaran kemahiran membaca dan aspek pemahaman dapat membantu meningkatkan kefahaman murid mengenai sesuatu konsep di samping menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan berkesan.


Kata kunci : Membaca, interaktif, bentuk, inovasi, bahasa

APLIKASI PEMBARIS BOLEH LARAS (ADJUSTABLE RULER) MENINGKATKAN 

JARAK TULISAN MURID TAHUN 1 KINABALU



Oleh

PEYONA BINTI MOKHTAR

SK Binuang, Lahad Datu Sabah

peyonamokhtar241092@gmail.com



Abstrak 


Pembaris boleh laras ini dicipta untuk mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis, iaitu perkataan yang ditulis oleh murid tidak mempunyai jarak antara perkataan. Kemahiran menulis merupakan antara aspek yang dinilai dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Inovasi ini dicipta berdasarkan teori pembelajaran Pelaziman Klasik oleh Ivan Pavlov. Inovasi ini akan Menyumbang kepada anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa iaitu: Murid memerlukan bimbingan tambahan akan mendapat akses kepada bantuan bersesuaian dengan keperluan untuk menjamin kejayaan mereka disekolah. Melancarkan kurikulum sekolah dengan memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan. Dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 jelas menyatakan bahawa “….Penekanan perlu diberikan .… serta tulisan yang jelas dan kemas. Selain itu, inovasi ini juga menyokong kepada TS25. Ketika memeriksa buku latihan murid tahun 1, saya dapati beberapa orang murid mengalami masalah menghasilkan perkataan yang tidak mempunyai jarak ketika menulis. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah analisis dokumen,ujian pra serta pos, portfolio, dan soal selidik. Analisis data dijalankan secara kualitatif. Outcome penggunaan alat ini ialah peningkatan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk kemahiran menulis, daripada TP2 kepada TP3. Kesan pengajaran kepada guru pula ialah peningkatan keberkesanan pengajaran dengan mencapai objektif kemahiran menulis. Impak penggunaan alat ini bukan sahaja berkesan kepada murid tahun 1 tetapi juga kepada murid Prasekolah. Dalam pada itu, alat ini juga memberi kesan luar jangka iaitu tulisan murid bukan sahaja mempunyai jarak tetapi tulisan murid menjadi lebih kemas.


Kata Kunci : Pembaris, jarak perkataan, kemahiran menulis

ALGEBRA BOARD



Oleh

OMAR BIN HANAFIAH

KASMAN BIN SALDA

SMK Kalabakan, Tawau Sabah

khbsmkut@yahoo.com



Abstrak


Projek ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri perlunya penyelidikan diadakan dikalangan pendidik bagi meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah kerana wujudnya iklim yang berbeza di sesebuah sekolah. Tujuan inovasi ini diadakan adalah untuk mengubah persepsi dikalangan murid mengenai ungkapan algebra daripada sukar dan mengelirukan kepada mudah dan menyeronokkan. Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Di mana algebra merupakan asas kepada topik- topik yang lain seperti persamaan kuadratik, persamaan garis lurus, statistik dan sebagainya. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 Zamrud dan seorang guru SMK Kalabakan, Tawau terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan pelajar, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), borang soal selidik dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra dan kurang mahir menggunakan kalkulator sainstifik. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah ‘Algebra Board’. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan min ujian daripada 40 kepada 70. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini adalah mudah serta dapat meningkatkan kemahiran murid menggunakan kalkulator sainstifik dengan tepat.

‘R.U.M.A’ STEPS ACT



By

HALYTHA GIOK @ LILY NATASHA ABDULLAH

SMK Tobobon, Kota KInabalu Sabah

inbabee@gmail.com



Abstract


The introduction of the new format for SPM English Paper 1 in 2020, challenged students to answer 40 objective questions which is divided into 5 parts of different levels and use of English. ‘R.U.M.A Steps Act’ is especially designed to assist 21 Form 5 students and aimed to help them to score a better mark for this reading paper. R.U.M.A stands for R-READ, U- UNDERLINE, M-MATCH, A-ANSWER. Students read the question to search for the contents and information, underlined the main points and wrote notes or circled the keywords in the question to show their understanding. Next, students would try to match it to the choices of answers(ABC) and finally chose the most suitable answer. Basically, by following these steps it helped to make students to be more focused in their reading task thus made them able to find and identify the correct answer to each question much easier. The specialty of this innovation was significant as it helped students to get higher marks in Paper 1 and thus helped to push grades in tests and exams. The GPMP for this paper has increased from 5.60 in SPM 2021 to 5.40 in SPM 2022 which also resulted in higher percentage in passing from 86.46% in 2021 to 87.93% in 2022. Furthermore, for the subjects focused this year, with the outstanding results for both PSPT and PPC1 exams, it cannot be denied that this innovation has proven to be beneficial and highly effective.

 

Keywords : Reading comprehension, objective question, underline, match, answer, significant

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TINGKATAN 5 PENDIDIKAN ISLAM

TERHADAP TAKRIF DAN PRINSIP-PRINSIP AHLI SUNNAH WALJAMAAH

MENGGUNAKAN BAHAN LAUHATUN AQADIAH



Oleh

ZULHILMI BIN JABLI

NADIAH NADIRAH BINTI SALPAD

NOREEZAN BT.HJ MOHIDDIN

NURUL AZIERA BINTI AZHAR

MARISSA KHAN

SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang Sabah

g-39255670@moe-dl.edu.my



Abstrak


Lauhatun Aqadiah, Bahasa Arab yang bermaksud papan paparan berkaitan Aqidah memberi fokus kepada Prinsip dan Sejarah Ahli Sunnah Waljamaah dan aliran-aliran yang bertentangan dengannya. Bahan ini telah memudahkan guru untuk menyampaikan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Gabungan bahan maujud dan elemen digital berbentuk kod QR yang berupa permainan pembelajaran dalam aplikasi ‘Wordwall‘ menjadikan projek inovasi ini menjadi satu set pembelajaran yang membantu proses PdPc dan juga perkembangan murid meliputi aspek kognitif, afektif dan juga psikomotor. Murid sukar untuk menjelaskan takrif dan prinsip-prinsip Ahli Sunnah Waljamaah dan sejarah ringkas dan prinsip utama aliran yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah: Syiah, Khawarij dan Muktazilah. Jawapan ujian yang diberikan mendukacitakan kerana murid agak keliru dalam mengingat takrif dan sejarah ringkas serta prinsip-prinsip aliran tersebut. Lauhatun Aqadiah telah membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam menjelaskan takrif dan prinsip-prinsip Ahli Sunnah Waljamaah dengan betul. Murid berasa seronok dan tidak mengantuk dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Disamping sebagai alat bantu mengajar, kod QR disediakan untuk mengakses bahan digital melalui aplikasi ‘Wordwall‘ yang dibina untuk memudahkan pelajar menggunakan telefon pintar pada bila-bila masa sahaja. Ujian pasca yang dijalankan menunjukkan purata markah murid ialah 95.75% . Dapat dirumuskan, penguasaan murid dalam menjelaskan sejarah dan prinsip Ahli Sunnah Waljamaah dan aliran-aliran yang bertentangan dengannya dapat dipertingkatkan setelah menggunakan Lauhatun Aqadiah.


Kata kunci : Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij & Mu'tazilah, Aqiadah

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)