6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 8

AMALAN TERBAIK

Quadrants: effort=Effect (Q:e=E)

IMPROVING TIME MANAGEMENT SKILLS



By

HO FUI LU

Penampang Education Department

hofuilu@moe.gov.my



Abstract


The aftermath of the Covid-19 pandemic has had various impacts on the field of education. This includes the time allocated by officers in the Learning Sector for coaching and mentoring support to the focused schools, particularly in empowering the middle leader teams (MLT) so that they are more creative and innovative, which has been reduced. Furthermore, officers in the Learning Sector have consistently spent time on additional tasks and ad hoc duties have not had positive impact on student development since the new restructuring began in December 2019. Therefore, this matter has been identified as a primary issue that needs to be addressed. This best practice aims to redirect the focus and attention to time spent on core tasks based on the functional chart or job description established by the Ministry of Education Malaysia during the new restructuring. The Quadrants: Effort Equal Effect (Q:e=E) initiative designs to assist officers in the Learning Sector in reflecting on their time utilization and making more informed decisions in time management based on their assigned core tasks by the Ministry of Education Malaysia. Ultimately, this best practice can help officers in the Learning Sector become more productive and effective in carrying our their responsibilities.


Key words : time management, main task, supporting task, extra task, ad hoc task, reflection

PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DAN INOVASI STEM:

PISTEM



Oleh

LOURDES MARY BATIN

SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF), Kota Kinabalu Sabah

lourdesbatin64@gmail.com



Abstrak


Program PISTEM merupakan salah satu program amalan terbaik dan inisiatif SM Lok Yuk (SMLY)  dalam mendukung agenda dan usaha mereformasi dan mentransformasikan pendidikan melalui pengintegrasian kaedah pembelajaran berasaskan projek dan Inovasi STEM dalam persekitaran pembelajaran bermakna. Analisis persekitaran sekolah mengetengahkan keperluan warga SMLY dalam aspek pembudayaan pembelajaran bermakna. Maka, berpandukan tiga objektif PISTEM, program ini bertujuan untuk merealisasikan pemerkasaan pembelajaran bermakna dengan memantapkan pembelajaran aktif, menggalakkan penerokaan masalah dan cabaran dunia sebenar oleh pelajar dan menghasilkan produk autentik. Berteraskan elemen kolaboratif, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis, kewarganegaraan dan nilai, PISTEM menggalakkan konsep pemahaman yang lebih luas dan mendalam melalui hasil interaksi antara pengetahuan baharu dan pengalaman dalam dan luar bilik darjah. PISTEM dilaksanakan secara tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan serta penilaian. Pelbagai strategi dan kaedah yang digunakan dalam proses pelaksanaan program ini. Secara keseluruhan, PISTEM menampakkan impak positif terhadap kemenjadian murid, peningkatan kualiti guru dan pengiktirafan daripada komuniti dan agensi luar. Sejajar dengan perkembangan pendidikan dunia terkini, PISTEM menitikberatkan pemahaman secara mendalam agar murid memahami konsep yang dipelajari secara lebih kontekstual dan holistik.


Kata kunci : Amalan terbaik, pembelajaran bermakna, pembelajaran berasaskan projek, inovasi STEM

BINABANG KOMOGOTON 2.0



Oleh

RUTIL TAISING (Ph.D)

SMK Pekan Telipok, Tuaran Sabah

trutil08@gmail.com



Abstrak


Sekolah berkualiti merupakan matlamat seseorang pengetua sekolah dan ini dapat dicapai sekiranya sekolah itu kondusif untuk aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, suatu projek iaitu Binabang Komogoton yang merupakan pemuafakatan dengan rakan strategik sekolah melalui penglibatan ibubapa, komuniti, sektor swasta, agensi kerajaan dan juga semua pihak yang berkepentingan telah dilaksanakan. Dalam etnik Dusun, binabang adalah cahaya yang bersinar dan komogotan pula bermakna kejayaan atau kecemerlangan. Dalam konteks ini binabang atau cahaya yang bersinar itu merangkumi ibubapa, komuniti, sektor swasta, agensi kerajaan malah guru-guru yang dianggap mempunyai keupayaan untuk membantu sekolah ke arah komogotan atau kecemerlangan. Justeru pembentangan ini akan menjelaskan amalan baik pengetua dalam memperkasakan jalinan dan jaringan pemuafakatan dengan PIBKS dan impak positifnya terhadap sekolah.Jaringan pintar dengan rakan strategik ini adalah bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 anjakan ke-9 yang menggalakkan pemuafakatan antara sekolah dengan ibubapa, komuniti luar dan sektor swasta. Pengetua berpendapat PIBKS merupakan binabang atau cahaya bersinar yang mempunyai kemampuan untuk membantu menerangi, membuka jalan dan pemangkin kepada komogoton atau kecemerlangan sekolah. Strategi ini juga sesuai dengan apa yang digariskan dalam Transformasi Sekolah 2015 (TS25) iaitu menggalakkan pemuafakatan dan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Impak daripada Binabang Komogoton ini dapat dilihat melalui pencapaian sekolah dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Hal ehwal murid (KuKoHEM). Walau bagaimanapun dalam pembentangan ini pembentang akan memperincikan kesannya dalam aspek keceriaan dan yang berkaitan dengannya. Projek Binabang Komogotan ini akan terus diperkasakan dan ditambahbaik bagi mencapai hasrat dan matlamat untuk mengangkat sekolah yang lebih cemerlang.


Kata kunci : Binabang Komogoton, PIBKS, impak, keceriaan

PEMBUDAYAAN DIGITAL DALAM PDPC MELALUI “WORLD AI BOX”



Oleh

MOO MUI LI

SK Muhibbah Sandakan Sabah

lilymml@yahoo.com


NURLILA ABDUL WAHAB (Ph.D)

PejabatPendidikan Daerah Sandakan Sabah

nurlila68@yahoo.com



Abstrak


Pembudayaan digital telah menjadi satu elemen penting dalam konteks pendidikan, terutamanya dalam upaya untuk meningkatkan pencapaian akademik, terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris yang sering dianggap sebagai subjek yang mencabar. Dalam usaha untuk mengatasi masalah pencapaian akademik rendah, terutamanya dalam Bahasa Inggeris, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan teknologi seperti "World AI Box" telah diterima sebagai amalan baik. Penggunaan "World AI Box" alam pengajaran Bahasa Inggeris membawa kepada perubahan positif dalam sikap dan pencapaian pelajar. Pelajar menjadi lebih bersemangat dan berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris melalui pendekatan pembelajaran digital ini. Guru dapat memperkaya pengajaran dengan pelbagai bentuk bahan, termasuk video, persembahan slaid, e-permainan dan sebagainya yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik. Selain itu, melalui "World AI Box" ini juga telah mendorong pelajar untuk menjadi lebih swadaya dalam proses pembelajaran mereka. Ini sejajar dengan dasar pendidikan kerajaan yang mewujudkan pendekatan pendidikanabad ke-21 yang diterapkan melalui konsep 6C, iaitu Character, Collaboration, Creative thinking, Communication, Critical thinking, dan Citizenship. Kajian ini menyokong penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pengajaran Bahasa Inggeris dan mencapai matlamat pembudayaan digital dalam sistem pendidikan. Kesimpulannya, penggunaan "World AI Box" telah membawa manfaat kepada pelajar dan guru, membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris, dan menggalakkan budaya pembelajaran digital dalam konteks sekolah khasnya.


Kata Kunc i : Pembudayaan digital, “World AI Box”, BahasaInggeris

LPR



Oleh

ISABEL YONG PEI LING

SMK St Peter Kudat, Kudat 

rachel_isabelle@hotmail.com


GOH WUI HON 

SMK St Peter Kudat, Kudat Sabah

goh.wuihon@yahoo.com


SYLVIA MITING PAKOI

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat Sabah

cikgosovy@gmail.com



Abstrak


Listen, Practice & Real (LPR) adalah inisiatif meningkatkan penglibatan murid dalam pengacaraan majlis di sekolah. Inisiatif intervensi ini amat diperlukan demi menangani isu serampang dua mata yakni murid kurang mahir dan kurang yakin ketika mengendalikan pengacaraan majlis rasmi di sekolah. Intervensi ini dilaksanakan berdasarkan tiga fasa utama perkembangan pembelajaran dan pengalaman murid iaitu fasa Listen (bengkel), fasa Practice (peer Coaching) dan fasa Real (Ujian dan bertugas sebagai pengacara majlis perhimpunan sebenar) mengikut garis masa yang ditetapkan. Seramai 48 responden yang terdiri daripada pengawas sekolah telah dipilih. Data kajian menunjukkan 68% murid memperolehi 80 markah ke atas. Berdasarkan temubual, responden menyatakan bahawa melalui bimbingan berfokus dalam intervensi LPR, mereka kini lebih yakin dan bermotivasi tinggi bertugas mengendalikan majlis rasmi sebagai pengacara. Konklusinya, melalui sokongan data didapati bahawa LPR adalah inisiatif berimpak tinggi dalam membentuk pasukan elit yang mahir dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam bidang pengacaraan majlis rasmi di sekolah.


Kata kunci : Listen, Practice & Real (LPR), penglibatan murid

IM-FACT: TRANSFORMATIF PENDEKATAN PLC ERA DIGITALISASI



Oleh

SYLVIA MITING PAKOI 

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Sabah

cikgosovy@gmail.com



Abstrak


IM-FACT mempromosikan transformasi pendekatan PLC era digitalisasi dengan 5 langkah utama demi mengatasi isu interaksi bersemuka terbatas, pembaziran kos, tenaga dan masa akibat jarak terbeza semasa pascapandemik terhadap 11 orang Ketua Bidang TVET di PPD Kudat, Sabah. Google Meet, youtube dan anyflip menjadi pelantar digital utama yang telah dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang 8 siri PLC sesi 2022/2023. Dapatan kajian menunjukkan 72.7% responden amat bersetuju bahawa IM-FACT berjaya membantu mereka mengurus kerja buat di lapangan dengan lebih berkesan melalui pilihan pelantar digital yang sesuai. 


Kata kunci : IM-FACT (Interaksi-hubungan dua hala atau lebih, Medsos- media sosial , Focus-fokus, Action-aksi, Collaborative -kolaboratif)

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)