6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 1

KAJIAN TINDAKAN

IMPAK KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI BERBANTUKAN MODUL 

TERHADAP PENCAPAIAN MURID PERNIAGAAN TINGKATAN LIMA



Oleh

NURUL ILLYANA BINTI MOHAMAD

SMK Terusan Lahad Datu Sabah 

nillyanamohamad@gmail.com


Abstrak


Kaedah pembelajaran memainkan peranan penting dalam melancarkan proses PdPc dan meningkatkan pencapaian murid. Penggunaan kaedah pembelajaran yang betul dan sesuai dengan murid kemampuan murid  mampu meningkatkan pencapaian murid secara maksima. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bagi melihat impak kaedah pembelajaran masteri berbantukan modul terhadap pencapaian murid bagi matapelajaran Perniagaan khususnya murid kategori sederhana dan lemah seterusnya pencapaian matapelajaran secara keseluruhan. Dua objektif kajian telah ditetapkan bagi kajian ini iaitu meningkatkan pencapaian murid kategori sederhana dan lemah bagi matapelajaran Perniagaan dan meningkatkan Gred Purata Matapelajaran (GPMP) matapelajaran Perniagaan dalam peperiksaan SPM 2022. Responden kajian terdiri daripada 45 orang murid Perniagaan tingkatan lima 2022. Responden terdiri daripada murid kategori sederhana dan lemah. Kajian dilaksanakan selama enam bulan dan melibatkan satu kitaran kajian. Pengkaji menggunakan model kajian tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) yang terdiri daripada empat fasa iaitu fasa merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Data dikutip menggunakan tiga kaedah mengutip data iaitu pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Data yang dikutip dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan kaedah pembelajaran masteri berbantukan modul memberi impak yang signifikan dalam meningkatkan pencapaian murid bagi matapelajaran Perniagaan sekaligus pencapaian matapelajaran Perniagaan dalam peperiksaan SPM 2022.


Kata kunci: Pembelajaran Masteri, Perniagaan, Kajian Tindakan

MENINGKATKAN INGATAN MURID TINGKATAN 5 TERHADAP BENTUK DAUN DAN

JENIS DAUN MAJMUK DALAM SUBJEK PERTANIAN DENGAN TEKNIK LA.GA



Oleh

SAMSON PHILIPPINUS

SMK Limbanak, Penampang Sabah

g-55242992@moe-dl.edu.my


Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid Pertanian 5 Progresif dalam menjawab soalan struktur bentuk daun dan jenis daun majmuk iaitu dalam subtopik 1.1.2 Struktur luar tumbuhan. Seramai 15 orang murid Kelas 5 Progresif yang mengambil mata pelajaran elektif Pertanian terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku murid dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan khususnya di dalam kelas. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid Pertanian 5 Progresif tidak berjaya menyelesaikan soalan struktur jenis ini. Melalui latihan pertama yang dilaksanakan, murid-murid ini hanya mampu memperolehi 6 markah daripada 27 markah. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik meningkatkan daya ingatan murid terhadap bentuk daun secara berkesan. Kajian ini melibatkan dua kitaran iaitu kitaran pertama Teknik lakaran digunakan untuk membantu murid mengingat bentuk daun dan jenis daun majmuk. Namun setelah diuji dengan latihan kedua, namun pencapaian masih kurang memuaskan. Oleh itu, kajian diteruskan dengan kitaran kedua dengan memperkenalkan penggunaan gaya tangan kanan dan kiri sebagai penambahbaikan. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 7 minggu iaitu bermula 05 April hingga 23 Mei 2023. Keputusan dalam latihan 1 tanpa apa-apa teknik menunjukkan prestasi murid yang kurang memberangsangkan. Pada keputusan kitaran 1 (latihan 2) dengan teknik lakaran, terdapat peningkatan iaitu 3 orang murid mendapat 12 markah daripada 27 markah, selebihnya mendapat di bawah 12 markah. Setelah Kitaran ke-2 diteruskan keputusan latihan 3 didapati seorang murid mendapat 18 markah, 12 orang murid mendapat antara 12 markah sehingga 17 markah dan 2 orang sahaja mendapat 11 markah. Implikasi kajian menunjukkan murid-murid bermotivasi dan lebih yakin dalam menjawab soalan yang diberi.

Kata kunci: Pembelajaran dan Pemudahcaraan, mata Pelajaran Pertanian, Tingkatan 5 Progresif, Teknik La.Ga

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4 DALAM BIDANG 

TAMADUN ISLAM MELALUI PENGGUNAAN GOOGLE EARTH



Oleh

AMIRAH MADIHAH BINTI ADNAN

ASLIYANAH BINTI ASRJAD

SMK PEREMPUAN LIKAS

smplikaskk@gmail.com



Abstrak


Kajian ini dijalankan bagi menguji keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth bagi membolehkan murid menguasai isi pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam. Pelajaran dalam bidang ini adalah tentang pemerintahan kerajaan Islam dan sumbangan mereka. Murid mengalami kesukaran untuk menguasai pelajaran ini kerana tidak dapat membayangkan lokasi pusat pentadbiran Islam dan keluasan wilayah Islam pada waktu tersebut serta kurang pendedahan tentang lokasi di tanah Arab. Murid juga mudah keliru tentang sumbangan kerajaan yang menjadi pencetus kepada zaman kegemilangan Islam. Kajian ini melibatkan murid kelas 4 Kemanusiaan iaitu seramai 30 orang. Aplikasi Google Earth telah digunakan bagi memaparkan lokasi keluasan wilayah Islam dan pusat pentadbiran kerajaan Islam pada suatu masa dahulu. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan ujian pra dan pasca, mendapatkan maklum balas murid dan guru serta pemerhatian. Hasil kajian mendapati penguasaan murid tentang topik yang terangkum dalam bidang Sirah dan Tamadun Islam meningkat 50% berbanding ujian pra. Murid juga memberikan maklum balas positif melalui edaran exit card. Pemerhatian guru mendapati murid lebih seronok dan berminat untuk menyertai PdP berbanding dengan penyampaian pengajaran secara lisan. Keberkesanan aplikasi Google Earth untuk pengajaran topik sirah telah mendorong saya untuk menggunakannya dalam topik-topik yang berikutnya.


Kata kunci: Pendidikan Islam, Sirah, Tamadun Islam, Google Earth, Exit Card

PENGGUNAAN E-CHROB MENINGKATKAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM

KALANGAN MURID SMK TINUSA SANDAKAN


Oleh

ROSLAN MARTINIS

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tinusa Sandakan


NURRAMDZAN AHMAD MALINDO JOSLAN

Universiti Malaysia Sabah

g-35262810@moe-dl.edu.my


Abstrak


Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif terhadap pembelajaran digital mempunyai dasar dan prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui Pembelajaran digital tersebut, murid-murid akan terlibat secara aktif dalam menggunakan Teknologi dalam Pendidikan. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan penggunaan E-Chrob dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian eksperimen menggunakan reka bentuk Pra-Pasca ujian Satu Kumpulan. Responden terdiri daripada 24 orang murid tingkatan 3 Vega di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinusa Sandakan. Selepas intervensi penggunaan E-Chrob dalam pengajaran dan pembelajaran, dapatan kajian menunjukkan penggunaan E-Chrob dalam pembelajaran telah meningkatkan minat murid untuk belajar, meningkatkan komunikasi dan kolaboratif dalam kalangan murid, merangsang pemikiran kritis dan kreatif, meningkatkan penjanaan idea, menggalakkan pemerolehan ilmu melalui platform akses DELIMa secara lebih praktikal dan dapat memanfaatkan ILMS (Intelligent Learning Management System) tersebut dalam Pendidikan. Justeru, penggunaan E-Chrob dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid-murid boleh berinovasi dalam pelbagai bentuk, berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah rutin dan masalah bukan rutin yang lebih kompleks secara berkesan, kreatif dan inovatif serta dapat menepati saranan Revolusi Industri 4.0 seperti yang dihasratkan untuk mempersiap generasi hari ini mendepani masa hadapan.

Kata Kunci : Pengajaran, Pembelajaran, Akses DELIMa

USING DIGITAL VOCABULARY JOURNAL TO IMPROVE MUET WRITING 

PERFORMANCE AMONG SIXTH FORM STUDENTS: AN ACTION RESEARCH



Oleh

TING PICK DEW (Phd)

SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF)

elainepdting@gmail.com


Abstract


The importance of vocabulary competency has been long established as it serves as a crucial element in learning English as a second language. One area where vocabulary knowledge has shown particular promise is in the realm of writing, as the breadth and depth of students’ vocabulary are reflected in the general quality of their writing. Hence, the introduction of vocabulary journal is essential as it has been used to create interactive and immersive learning experiences that help learners acquire and retain new words more effectively. This classroom-based action research investigated the impacts of keeping digital vocabulary journal towards writing performance of ten Sixth Form students in SM Lok Yuk Kota Kinabalu (CF). It aimed to find out whether there is any difference in the students’ writing scores prior to and after keeping digital vocabulary journal and also evaluated their attitudes towards keeping digital vocabulary journal. A mixed-method was employed into this action research. The quantitative part of this study involved the pre-test and post-test writing scores while product analysis and semi-structured interview were employed in the qualitative approach. The results indicated significant difference with large effect size and positive students’ attitudes towards keeping digital vocabulary journal. Therefore, this action research study added empirical support onto the claims on the benefits of keeping digital vocabulary journals. By engaging in this type of research, teachers can gain valuable insights into how to optimize their use of digital

vocabulary journal in the classroom, and ultimately improve the effectiveness of their teaching practice

MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH DALAM KALANGAN MURID 

TINGKATAN 5 MELALUI  PROGRAM JEBAT


Oleh

NURLIAH BINTI JAIR

g-28255641@moe-dl.edu.my


LOBORINA TUNJAN

g-22255621@moe-dl.edu.my


SAMANTHA ANAK ADAM

g-20291009@moe-dl.edu.my


SURAIDA BINTI ABGAR

g-16236264@moe-dl.edu.my


ASMIDA BINTI MOHAMAD

g-16271975@moe-dl.edu.my


SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang Sabah


Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid tingkatan dalam 5B menguasai fakta buku teks sejarah kssm tingkatan 5. Kajian ini melibatkan 32 orang murid dan 2 orang guru. Tinjauan dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian bulanan pertama, ujian pra dan latihan. Hasil pemerhatian didapati murid mengalami kesukaran memahami dan mengingati fakta sejarah dengan cara yang berkesan. Jumlah murid yang gagal dalam mata pelajaran sejarah sangat ramai kerana murid kurang menguasai fakta sejarah. Bagi menyelesaikan permasalahan ini dan meningkatkan kecemerlangan murid, satu kaedah telah dirancang dan dilaksanakan kepada murid tingkatan 5 iaitu program JeBaT. Program Jebat merupakan pembelajaran berasaskan projek. Melalui program ini, pelajar tingkatan 5 melaksanakan projek, pameran dan pembentangan melalui pembelajaran berasaskan projek mengikut tajuk-tajuk penting mata pelajaran sejarah tingkatan 5. Program JeBat ini merupakan suatu program memudahkan murid memahami dan mengingati topik-topik sejarah tingkatan 5 melalui projek-projek yang dihasilkan. Terdapat 8 kelas tingkatan 5 dan setiap kelas akan menghasilkan satu projek berdasarkan topik yang telah ditentukan semasa taklimat. Setiap kelas masing-masing akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 2 kumpulan akan menyediakan arca atau benda maujud berdasarkan topik Sejarah kelas mereka, manakala 1 kumpulan lagi akan menyediakan buku skrap kreatif. Program JeBaT dijalankan di dalam dewan dan 5 orang wakil setiap kelas (8 kelas) akan membentangkan tugasan kumpulan mereka. Seramai 40 orang murid terlibat sebagai pembentang akan membentangkan topik sejarah kumpulan mereka kepada semua murid tingkatan 5. Secara Galery Walk, murid-murid tingkatan 5 akan diminta bergerak mengikut kumpulan ke setiap ‘booth’. Pembentang di setiap kelas akan diberi masa selama 12 minit untuk membentangkan topik sejarah kumpulan masing-masing. Semasa pembentangan, murid-murid tingkatan 5 ini akan diminta mencatat fakta-fakta penting di samping mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab berlangsung. Secara kumpulan, murid-murid akan bergerak ke ’booth’ seterusnya sehingga ‘booth’ terakhir mengikut giliran yang ditentukan.

Kata kunci : Memahami dan mengingati fakta sejarah, kurang menguasai fakta, program JEBAT

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)