6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 4

KAJIAN TINDAKAN

APLIKASI PEDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD) MENINGKATKATKAN INTERAKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID



Oleh

PEYONA BINTI MOKHTAR

Sekolah Kebangsaan Binuang, Lahad Datu Sabah

peyonamokhtar241092@gmail.com



Abstrak


Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan interaksi, keseronokan dan pemahaman pembelajarn dalam kalangan murid-murid luar bandar dan sekolah yang mempunyai kelas bersaiz kecil tetapi mempunyai bilangan murid yang ramai. Berdasarkan pemerhatian pengajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah yang dilaksanakan membosankan serta tidak seronok kerana murid sukar untuk bergerak untuk melakukan aktiviti kumpulan dan berinteraksi sesama mereka. Bukan itu sahaja, aplikasi PLBD dalam PdP Bahasa Melayu juga membawa kepada pemanfaatan harta benda sekolah sebagai bahan atau medium yang digunakan untuk menyampaikan isi kandungan PdP, sekali gus memudahkan pemahaman dalam kalangan murid. Aplikasi pembelajaran PLBD dalam bahasa Melayu ini berdasarkan kaedah pembelajaran Kontekstual. Peserta kajian ini terdiri daripada 43 orang murid iaitu sebuah kelas tahun 2. Pendidikan luar bilik darjah ini ialah aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong serta mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ianya juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selaras dengan saranan UNESCO untuk mengamalkan “Four Pillars Of Education: Learning to know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning To Be”. Murid berpeluang belajar secara berpasukan, bekerjasama, bertoleransi, berinteraksi antara satu sama lain. Pelaksanaan Pendidikan Laur Bilik Darjah ini memberi impak positif kepada peningkatan keberkesanan pangajaran dan pembelajaran iaitu murid-murid yang berada di TP2 meningkat kepada TP3, TP3 kepada TP4 dan TP4 kepada TP5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pada hari tersebut. Data-data diambil dan dikumpulkan melalui video, nota lapangan, foto dan soal selidik. Data dianalisis secara kualitatif. Kesan aplikasi PLBD ini memberi peluang belajar secara berpasukan, kerjasama, bertoleransi dan berinteraksi antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, PLBD juga boleh menjadi satu pendekatan PdP yang digunakan oleh guru untuk memerhati tingkah laku murid untuk memenuhi Standard Pembelajaran (SP) seterusnya membuat penilaian PBD yang berkaitan SP tatasusila. Impak positif Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dijangka akan membantu dan memberi manfaat, bukan sahaja kepada mata pelajaran Bahasa Melayu juga kepada mata pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik. Selain itu, Pendidikan Luar Bilik Darjah juga boleh diaplikasikan di sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).


Kata Kunci: PLBD, interaksi, menyeronokkan, pemahaman, memanfaatkan harta benda sekolah

GET THE PRIME AR – A GAMIFIED EXERCISE



By

SIM ZEH SHING

VOO PEI YEE

MEGYLINA LAI @ LAI MEI LING

SM  La Salle, Kota Kinabalu Sabah

starrylight@gmail.com



Abstract


The effectiveness of teaching and learning process cannot go beyond the success of communication between the teacher and the students. As communication is evolving rapidly in-line with the development of technology, teaching too should adapt those advancement to remain its relevancy in today’s society. One of the major changes in communication is the reliant on portable electronic devices especially mobile phone. Unfortunately, evidence showed that most of the screen time was for the purpose for leisure such as gaming. Realizing this, an attempt had been made to gamify mathematics exercises by utilizing an augmented reality (AR) game known as “Get the Prime”. This study is aimed to enhance students’ performance in identifying one to two digits prime numbers through the AR game. The population of the study was Form 4 students and the sample was 60 students drawn from 2 classes. This study is a mix study. The quantitative data was obtained through quasi- experimental with pre and post-test design. Meanwhile, the qualitative data was obtained through a simple structured interview. The increment in the mean value was 23.91%. The paired sample T-test resulted in a mean difference of 1.471 (p < 0.05) and effect size of 0.526 (> 0.5) showed that there was a significant difference between the pre and post-test in students’ performance. Based on students’ feedback, they were motivated as they were competing which each another. “Get the Prime” is specially made to carter the needs of local students. As a self-developed product, it warrants the relevancy to the current syllabus and could be adapted for other subjects.


Keywords: Mathematics education, gamification, prime numbers

BILANG BIJAK SEBAGAI PENGUKUHAN PEMBELAJARAN PENJODOH BILANGAN

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4



Oleh

NURLISA BINTI KAMBA

SK Saint John Beaufort, Beaufort Sabah

g-04265817@moe-dl.edu.my



Abstrak


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran penjodoh bilangan dalam kalangan murid tahun 4 melalui penggunaan inovasi  'Bilang Bijak' yang berfokus pada penggunaan teknologi dan multimedia interaktif. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi terhadap penggunaan inovasi  'Bilang Bijak' dalam konteks pembelajaran penjodoh bilangan. Instrumen kajian yang digunakan termasuk ujian pra dan ujian pos untuk mengukur pengetahuan murid sebelum dan selepas melaksanakan inovasi. Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan yang melibatkan 17 orang murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Saint John, Beaufort. Kaedah analisis data yang digunakan adalah analisis deskriptif dan perbandingan markah pra dan pos. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan markah yang signifikan dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra, menunjukkan keberkesanan inovasi  'Bilang Bijak' dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid dalam penjodoh bilangan. Implikasi kajian ini adalah penggunaan inovasi 'Bilang Bijak' sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan dalam pembelajaran penjodoh bilangan. Penggunaan teknologi dan multimedia interaktif memperkukuhkan pemahaman murid dan meningkatkan minat mereka dalam pembelajaran. Hasil kajian ini memberi panduan kepada guru dalam mengembangkan pendekatan pengajaran yang efektif bagi memperbaiki pembelajaran penjodoh bilangan dalam kalangan murid tahun 4. 


Kata Kunci : kajian tindakan, pembelajaran penjodoh bilangan, inovasi 'Bilang Bijak', teknologi, multimedia

MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AKHIRAN DALAM KALANGAN MURID 3 AKTIF 

MENGGUNAKAN I-IMAN


Oleh

SYUHAIDAH BINTI SULAIMAN

Sekolah Kebangsaan Chepor, Chemor, Perak

g-50241363@moe-dl.edu.my



Abstrak


Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc saya dalam pengajaran tajuk Imbuhan Akhiran bagi Jawi menggunakan I-IMAN. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 10 orang murid tahun 3 Aktif Sekolah Kebangsaan Chepor pada tahun 2023. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan markah ujian yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran dari aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti PdPc yang mengaplikasikan pembelajaran digital tanpa menjejaskan elemen isi kandungan yang perlu dikuasai murid. Kajian ini juga membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya. 


Kata kunci: imbuhan akhiran, I-IMAN, pembelajaran digital

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI KBAT 10 ORANG PELAJAR 5 MELBOURNE 

SMK BANDAU MENGGUNAKAN KASEBA


Oleh

ROSMARIA LORIN

SMK Bandau, Kota Marudu Sabah

lilymaria85@gmail.com



Abstrak


Penggunaan pelbagai kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berciri abad ke-21 membantu guru menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid dengan menerapkan empat (4C) elemen utama iaitu kritis, kreatif, kolaborasi dan komunikasi. Seramai 10 orang pelajar menjadi kumpulan sasaran  untuk fasa pemerhatian yang melibatkan penggunaan soalan latihan menulis esei KBAT terbuka Sejarah. Hasil analisis semakan latihan dan temu bual, didapati pelajar lemah dalam konsep asas menulis esei KBAT Sejarah. Terdapat pelajar kurang mahir memulakan ayat jawapan, tidak menjawab dengan perenggan dan tidak menulis jawapan mengikut peruntukan markah yang sebenar. Oleh itu, saya telah memperkenalkan kaedah ‘Kaseba’ atau Kad Esei KBAT Sejarah dalam bentuk  Flip Kad KBAT menggunakan formula matematik iaitu operasi darab Sifir 2 dan Sifir 4. Intervensi ini dilaksanakan selama satu bulan yang melibatkan sesi bimbingan cara menjawab soalan esei KBAT menggunakan Kaseba dan ujian pasca selepas bimbingan. Hasil dapatan menunjukkan perubahan dan dapat dibuktikan dengan peningkatan markah pelajar selepas intervensi. Peningkatan tersebut dapat menyokong pencapaian objektif khusus intervensi ini. Secara keseluruhannya, kaedah ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam konsep asas menulis esei KBAT Sejarah.  Seterusnya, memperbaiki amalan pendekatan guru dalam bilik darjah seiring dengan ciri pembelajaran abad ke-21.


Kata kunci : Elemen 4C,  Kaseba, Formula matematik, Pembelajaran Abad ke 21

PENGGUNAAN APLIKASI 4G BAGI MEMUDAHCARA PENGURUSAN DATA KOKURIKULUM 

DALAM KALANGAN GURU SMK BELURAN

 


Oleh

FRANKIE MAUJUS

RUHANA @ VENEL NATASHA NASIR

VALENTINO PETER

Sekolah Menengah Beluran, Sabah

g-44250152@moe-dl.edu.my



Abstrak


Aplikasi 4G dibina supaya dokumen dapat diakses secara maya bagi memudahkan penyimpanan data dan mengurangkan penggunaan fail yang banyak. Pembinaan aplikasi 4G ini mengadaptasikan aplikasi google yang mengabungkan empat komponen utama iaitu google site, google form, google data studio dan google drive. Keadaan ini disebabkan dokumen akan disusun secara sistematik dan mudah untuk diakses semula. Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan bertujuan untuk menilai pandangan guru sebagai pengguna terhadap kebergunaan dan kemudahgunaan sistem ini. Soal selidik 13 item dengan skala likert keatas 71 responden guru. Kajian ini menggunakan borang selidik sebagai instrument penilaian. Analisis data peratusan dan min digunakan. Dapatan kajian mendapati 49.3% pendigitalan kokurikulum memudahkan pengumpulan data kokurikulum. 52.1% pula menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa pendigitalan kokurikulum dapat menjimatkan masa dalam pengurusan data kokurikulum. Manakala, 50.7% sangat bersetuju bahawa pendigitalan kokurikulum dapat mengurangkan kos dalam sistem perfailan data kokurikulum. Selain itu, 53.5% sangat setuju bahawa pendigitalan kokurikulum dapat mengurangkan ruang penyimpanan. Tidak dapat menafikan bahawa, 46.5% sangat setuju dapat memudahkan pemantauan. 47.9% setuju bahawa dapat memudahkan capaian data. Kesimpulannya, guru mendapat manfaat daripada pembinaan aplikasi 4G dan aplikasi kajian ini mendorong penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti pengurusan organisasi di masa hadapan.


Kata kunci : kokurikulum, Pengurusan, Kaedah tinjauan, Pendigitalan, Organisasi

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)