6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 7

AMALAN TERBAIK

MURID MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

SEBAGAI SALAH SATU PROSES PEMBELAJARAN ABAD KE-21,

BOLEH KE?



Oleh

SURIANI ALLAND RICE OXLEY

Jabatan Pendidikan WP Labuan

surianioxley@gmail.com



Abstrak


Bengkel Kajian Tindakan dan Kolokium Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah ‘JUNIOR’ merupakan satu program eksklusif yang dianjurkan oleh JPN WP.Labuan untuk murid-murid dibawah bimbingan para Jurulatih Utama Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah (JUKT12L). Program ini merupakan program rintis di bawah kumpulan JUKT12L sebagai satu anjakan paradigma dalam dunia kajian tindakan khususnya di Labuan yang mana jika sebelum ini, kumpulan sasaran bengkel dan kolokium kajian tindakan adalah dalam kalangan guru-guru tetapi di dalam program ini, sasarannya ialah kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah di Labuan. Para peserta merupakan murid-murid kepada para Jurulatih Utama Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah (JUKT12L) di WP Labuan. Mereka dibimbing oleh para JUKT12L disekolah masing-masing berdasarkan isu pembelajaran murid-murid ini sendiri. Bilangan peserta yang menyertai bengkel di sekolah JUKT12L adalah antara 10 - 20 orang manakala peserta yang membentang di dalam Kolokium Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah ‘Junior’ 2023 Peringkat Negeri adalah seramai 15 orang (1 berpasangan & 1 berkumpulan) murid-murid yang dipilih oleh jurulatih masing-masing setelah melalui proses pembentangan di peringkat sekolah. 15 orang murid-murid ini melaksanakan pembentangan di atas pentas manakala 40 orang murid-murid lagi melaksanakan pembentangan secara stesen. Melalui analisis dokumen, pemerhatian, maklum balas dan temubual, program ini dilihat telah berjaya membantu murid-murid untuk membuat refleksi kendiri terhadap masalah pembelajaran mereka, mendorong murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, memupuk amalan berkongsi ilmu dan pengalaman yang berkaitan dengan isu pembelajaran dalam kalangan murid-murid dan membantu mempromosikan WP.Labuan sebagai pusat perkongsian ilmu kajian tindakan di Malaysia. Kesimpulannya, kajian tindakan BOLEH dirancang dan dilaksanakan oleh murid seawal umur 9 tahun hingga 17 tahun dengan menggunakan TEKNIK 12 LANGKAH. Kajian tindakan juga BOLEH menjadi salah satu kaedah pembelajaran abad ke-21 kerana kajian tindakan adalah berpusatkan murid yang berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. 


Kata kunci : Murid, kajian tindakan, pembelajaran abad ke-21

KEPELBAGAIAN TEKNIK DAN FORMULA MEMBANTU MENINGKATKAN SAHSIAH DIRI 

DAN KEHADIRAN MURID KE KELAS  BAHASA MELAYU



Oleh

RABA'AH BINTI ABAS @ZAHARI

SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun,Terengganu

arbaahzahari71@yahoo.com 



Abstrak


Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan kehadiran murid kekelas  Bahasa Melayu.Guru telah mempelbagaikan teknik dan formula baru yang dicipta semata-mata untuk membolehkan murid-murid memahami tajuk pelajaran yang diajar. Apabila guru memperkenalkan pelbagai teknik kepada murid, guru mendapati minat murid untukmengikutisesi pembelajaranmemberangsangkan.Latihan yang diberikan menunjukkan murid memahami kehendak soalan dan dapat menjawab dengan betul.Secara tidak langsung apabila guru mendedahkan pelbagai teknik, murid tidak hadir ponteng kelas  Bahasa Melayu kecuali mereka mempunyai hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Antara Teknik baru yang diperkenalkan kepada pelajar ialah IlasHaJu iaitu cara menulis pendahuluan karangan dengan betul, TEKNIK SENI simula+2lisi1n2Pan

Bagi menulis kesimpulan karangan dan TEKNIK BORPIKA+ImBaKUP serta AKU MAKAN CILI PEDAS bagi menghuraikan isi karangan dengan bernas dan menarik. Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan mereka dalam mengarang karangan dengan baik. Teknik-teknik ini bertujuan untuk memudahkan daya menginga tmereka dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan dan mendapat respon yang sangat baik daripada kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing.Selain pelbagai teknik diperkenalkan, peranan pihak pentadbir, kaunselor dan kata-kata motivasi daripada guru juga banyak membantu sahsiah murid iaitu kejadian ponteng sekolah juga dapat diatasi. Dengan wujudnya teknik ini akan membantu pelajar-pelajar hadir ke sekolah dan seterusnya membantu kecemerlangan akademik mereka. Diiharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Teknik ini digunakan bagi membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu dan seterusnya menimbulkan minat dan kehadiran murid kesekolah.


Kata kunci : Sahsiah, teknik, formula, memberangsangkan, ponteng, bernas,minat,Borpika,Imbakup,ILasHaju,SENIsimula+2lisi1n2Pan



PENGGUNAAN PENDEKATAN GEOGEBRA DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID TERHADAP PENYELESAIAN SEGI TIGA (PST)

SECARA PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) DAN

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MURID DALAM PENBELAJARAN



Oleh 

SYAHIR ANUAR BIN MARZUKI

SMK Tulid, Keningau

syahiranuar47@gmail.com



Abstrak


Kajian ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap topik Penyelesaian Segi Tiga (PST). Terdapat 13 orang peserta kajian yang dipilih. Data dikumpul melalui kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Kajian ini melibatkan tiga fasa perlaksanaan. Hasil dapatan menunjukkan pendekatan ini berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dan kemahiran teknologi untuk dalam pembelajaran. Kajian ini dicadangkan untuk diperluaskan dalam topik dan mata pelajaran lain dengan melibatkan peserta dana projek yang lain.


Kata kunci : Matematik Tambahan, Penyelesaian Segi Tiga, Pembelajaran Berasaskan Projek, PBL, Geogebra

DUO TEAMS : MEMBANGUNKAN POTENSI SETIAP

DARIPADA SEORANG ANAK DIDIK DALAM BIDANG INOVASI



Oleh

JAISYA BIN MOKHTAR

SALASIAH BINTI TAI

PPD Kinta Selatan, Perak

jaisya.mokhtar@moe.gov.my



Abstrak


Kajian ini dijalankan bagi memacu kualiti pendidikan yang terkandung dalam Perancangan Strategik JPN Perak 2020-2024 di bawah Kluster 4 iaitu penyelidikan dan inovasi. Ia juga selari dengan Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak yang telah dibentang oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu Encik Mohamad Fauzi bin Mahson pada 13 Julai 2023 di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Hala tuju dengan slogan membangunkan potensi setiap daripada seorang anak didik memberikan hak kepada murid untuk dibangunkan potensinya. Fokus kajian ini tertumpu kepada membudayakan inovasi dalam kalangan guru dan murid. Dua buah sekolah yang terlibat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu tidak menyertai sebarang pertandingan inovasi pada tahun semasa. DUO TEAMS adalah gabungan 2 team dari SMK Sentosa dan SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf. Mereka telah diberi bimbingan oleh SISC+ dan berjaya menghasilkan satu inovasi yang dinamakan Durian Fiber Pot (DFP). Inovasi ini dihasilkan dengan kos yang rendah iaitu di bawah RM10.00 dan menyertai pertandingan terutamanya secara dalam talian. Banyak kejayaan berjaya dikecapi melalui pertandingan inovasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID 

DALAM PAJSK MELALUI RESQ-KO



Oleh

ADLSIA BINTI AGUSTINUS

SMK Abdul Rahim 2, Kudat Sabah

freedoom7373@gmail.com



Abstrak


Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penglibatan murid dalam kokurikulum yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3. Seramai 7 orang pelajar tingkatan 3 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum kelab persatuan dan unit beruniform. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan penglibatan dalam PAJSK tahun 2022 dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang penglibatan dalam aktiviti kelab persatuan dan unit beruniform. Empat sesi intervensi telah dijalankan menggunakan modul kemahiran berbeza. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kelab persatuan dan unit beruniform. Pelajar lebih berminat belajar kemahiran seperti membina payung terjun, kemahiran masakan, kemahiran gajet, kemahiran menghasilkan solar oven dan membuat peta ithink.

‘EFFECTIVENESS OF ‘DIG DUG GO DIGITAL’ IN ENSURING AN INTERACTIVE 

CLASS ENGAGEMENTS’



By

HALYTHA GIOK @ LILY NATASHA ABDULLAH

SMK Tebobon, Kota Kinabalu Sabah

inbabee@gmail.com



Abstract


DIG DUG GO DIGITAL is an intervention using digital tools that aimed to ensure an interactive class engagement in the class where pupils would have fun and actively involved in the activities prepared. It also aimed to improve the pupils understanding and knowledge of digital media that is available and applicable to use in their class and during presentation of task in each activity given to them be it an individual or group task presentation. The subjects of this intervention were 30 students, consisted of 23 girls and 7 boys. Dig refers to the part they spend to find information from the library, online or their textbook. Dug refers to the part where they have found their points/facts and ready-made materials for the tasks given whereas Go Digital refers to digital tools involved in the processing and editing of materials to their selected app to present like Tik Tok, Cap Cut, Power Point, IG and so on. Every lesson progress is divided into four steps/processes i.e., introduction, explanation, evaluation, and discussion. Dig DUG GO Digital has been functional since the introduction of STEM integrated education earlier and with the outstanding result between diagnostic test and progress tests as well as observations, it clearly has shown pupils’ great improvement not only in their communication interaction engagement but also in their exam especially. Since then, pupils have been actively producing great digital presentation in most of their tasks. Furthermore, the positive views and comments from the pupils’ and their parents towards this approach have furthered strengthen the impressive influence of this intervention.


Keywords : digital tools, digital media, interactive, class engagement, STEM integrated

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)