6 DISEMBER 2023

9.00 pagi - 11.00 pagi

Sidang Selari 11

INOVASI

KAD LIKBAT IPASI



Oleh

MOHAMMAD FAUZI BIN AB HAWI

SMK Terusan Lahad Datu, Lahad Datu Sabah

fauzihawi@gmail.com



Abstrak


Inovasi “Kad LIKBAT IPASI” dihasilkan untuk bertujuan untuk meningkatkan keupayaan murid menjawab item soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kertas Dua bagi matapelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Inovasi ini tercetus daripada kegagalan murid mendapat markah yang baik dalam peperiksaan dalaman di peringkat sekolah. Pengkaji telah membangunkan inovasi “Kad LIKBAT IPASI” yang terdiri daripada dua kaedah bagi membantu murid menjawab item soalan KBAT iaitu yang pertama; LIKBAT (Lima Isi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang mengandungi kaedah membina lima struktur ayat yang betul. IPASI (Idea Pasang Siap) pula merupakan kaedah kedua yang melengkapi inovasi ini dan menghimpunkan isi (fakta) umum yang merangkumi tiga tema utama iaitu tema politik, tema ekonomi dan tema sosial yang disusun mengikut struktur ayat “LIKBAT”. Penghasilan inovasi ini telah membantu 18 orang murid kelas 5 KRK dan 30 orang murid 5 Tekun membina struktur ayat yang memenuhi kriteria penilaian item soalan KBAT dan meningkatkan keupayaan murid menghuraikan idea utama yang memenuhi kriteria penskoran. Prestasi keseluruhan murid yang menggunakan inovasi ini menunjukkan peningkatan positif yang sangat signifikan. Murid berjaya menjawab semua item soalan KBAT dengan cemerlang. Murid yang menguasai dua kaedah menjawab yang terkandung dalam kad ini turut berupaya mengaplikasikannya dalam matapelajaran lain. Inovasi ini telah membantu murid-murid menjawab soalan semasa menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu. Sejajar dengan perkembangan teknologi, inovasi ini sedang dalam proses pendigitalan agar mudah diakses oleh murid-murid melalui peranti masing-masing.


Kata kunci : Sejarah SPM, KBAT, Inovasi Sejarah, Sejarah Kertas Dua

PERMAINAN WORD WALL HANI TRUE MATCH DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH



Oleh

HANITA BINTI LADJAHARUN

SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu Sabah

hanita75harun@yahoo.com 



Abstrak


Inovasi HANI TRUE MATCH bagi membolehkan murid menguasai isi pelajaran yang melibatkan peristiwa perjuangan tokoh. Murid mengalami kesukaran menguasai topik seperti Perjuangan Tokoh-tokoh Pemimpin Tempatan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara kerana melibatkan ramai tokoh pejuang. Murid juga keliru dan sukar mengingat sebab-sebab dan peristiwa perjuangan setiap tokoh yang berbeza-beza. Kad permainan HANI TRUE MATCH yang digunakan bagi melibatkan murid menyusun padan dan membuat penerangan berkaitan perjuangan tokoh. Dapatan yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan menggunakan inovasi HANI TRUE MATCH memperlihatkan peningkatan dalam penguasaan murid tentang topik Perjuangan Tokoh-tokoh Pemimpin Tempatan dengan gred purata mata pelajaran dari 7.68 kepada 2.09. Maklum balas dari murid dan pemerhatian juga menunjukkan murid sangat fokus dan seronok mengikuti sesi pembelajaran. Keberkesanan bahan dan aktiviti yang dijalankan mendorong saya menghasilkan Bahan Bantu Mengajar seperti kad permainan HANI TRUE MATCH untuk topik-topik yang berikutnya. Seiring dengan keperluan semasa, HANI TRUE MATCH boleh diaplikasikan secara digital menggunakan telefon pintar dan komputer. Produk HANI TRUE MATCH telah mendapat Hakcipta MyIPO dan disebarluas sehingga peringkat antarabangsa. Inovasi ini turut dimuatkan dalam buku Pedagogo Sukar terbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia.


Key Words : Perjuangan Tokoh Pemimpin Tempatan, HANI TRUE MATCH, digital

KUIZ SAINS PRO: KUIZ SAINS GUNA SMARTPHONE



Oleh

FRED ADZIEREN AMONG

SM St John, Tuaran Sabah

g-29239795@moe-dl.edu.my



Abstrak


Ramai guru selalu mengongsikan bahan-bahan pembelajaran digital (seperti soalan, kuiz dan nota) kepada murid-murid dengan niat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak didik mereka. Ini dilakukan dengan mengongsikan bahan tersebut kepada aplikasi WhatsApp di dalam smartphone murid. Namun, kebanyakan soalan yang dikongsikan kepada murid-murid merupakan dokumen bersaiz A4 yang tidak sesuai dengan saiz skrin smartphone. Ini merupakan suatu halangan kepada proses pembelajaran murid (yang kebanyakannya memiliki smartphone, tetapi tidak memiliki komputer). Kuiz Sains Pro merupakan suatu inovasi berbentuk kuiz online bagi kertas 1 Sains SPM yang dioptimumkan untuk saiz skrin smartphone dengan ciri auto-semak dan ulasan guru. Kumpulan sasaran bagi inovasi ini ialah murid-murid yang mengambil Sains SPM (Sains Tingkatan 4 & Sains Tingkatan 5) sebagai subjek. Dapatan awal menunjukkan bahawa inovasi ini berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid (i.e melalui penurunan GPMP). Inovasi ini sesuai digunakan oleh guru sebagai aktiviti pengayaan atau latih tubi murid semasa PdPc di dalam kelas. Dengan ciri auto-semak dan ulasan guru, kuiz ini juga memberikan dimensi baru bagi murid untuk mempelajari Sains secara kendiri.


Kata kunci : Kuiz Sains Pro, Kuiz Online, Sains SPM, Kertas 1, Smartphone

MY SMART SCHOOL CENTER WEBSITE (My.SSCW )



Oleh

NURSABRINA BINTI SAINUDIN

SK Pekan Tenghilan, Tuaran Sabah

nursabrinasainudin@gmail.com


AZMIRUL BIN AHMAD

SK Dallas, Pitas Sabah

mirulahmad90@gmail.com



Abstrak


Inovasi ini dikenali sebagai My.SSCW kerana idea yang tercetus ini merupakan hasil daripada inisiatif saya dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan masih relevan dengan keadaan pada masa kini. Inovasi ini bertujuan untuk membantu semua pihak dalam mendekatkan jurang di antara sekolah pedalaman dan sekolah bandar. Pada mulanya idea ini tercetus apabila Movement Restrict Order (MCO) diperkenalkan dan data mahupun maklumat serta status semasa sekolah sememangnya sukar untuk diketahui dan dikenal pasti apatah lagi untuk diakses. Inovasi ini sudah diguna pakai di Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan Tuaran dan juga Sekolah Kebangsaan Dallas Pitas merupakan kolaborasi di antara dua sekolah yang berbeza lokasi. Dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat menjimatkan masa untuk pihak yang berkaitan mendapatkan maklumat serta perkembangan sekolah terkini hanya dengan melihat kepada intipati di dalam laman web ini. Perbezaan yang ditonjolkan dalam laman web ini ialah ianya sudah tersusun atur mengikut kategori Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum mahupun Hal Ehwal Murid(HEM) bahkan AKP malah turut merangkumi warga sekolah termasuk pekerja pembersihan, pengawal keselamatan, kantin dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah. Bertepatan dengan pengenalan program Transformasi Sekolah 2025(TS25) yang turut melibatkan kedua-dua sekolah, laman web ini akan menjadi salah satu usaha pembaharuan yang holistik ke arah menuju sekolah yang pintar dalam menggunakan kemudahan ICT dan seterusnya akan mewujudkan suasana kondusif dan memudahkan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti yang akan dapat melahirkan insan yang unggul dan berkualiti. Kegunaan My.SSCW ini dapat membantu banyak sekolah khususnya sekolah di pedalaman dan Sekolah Kurang Murid(SKM) agar memastikan data simpanan mereka dapat direkodkan dengan lebih tertib dan sistematik melalui laman web ini. My.SSCW ini tersedia secara percuma dan boleh disebar luas penggunaannya ke semua sekolah tanpa sebarang kos. Hal ini kerana rekaan My.SSCW sudah terbukti dapat memudahkan pihak atasan untuk meninjau dan mengakses maklumat sekolah tersebut tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan yang banyak dan secara tidak langsung boleh menjimatkan masa untuk melawat ke sekolah-sekolah yang memang terkenal dengan struktur jalan dan akses mobiliti yang sukar dan mencabar untuk dilalui. Kesimpulannya, melalui My.SSCW tiada yang mustahil untuk kita usahakan bagi mempamerkan keistimewaan dan kebitaraan bakat-bakat yang ada di sekolah. Hal ini kerana My.SSCW give chances from unknown school to an eyes opening wide stage world.


Kata Kunci : My.SSCW, Pandemik Covid-19, Time and Cost Effective

E-R UBK SMKS



Oleh

KHALIZAH BINTI ABDUL KADIR

SMK Sandakan, Sandakan Sabah

g-14262495@moe-dl.edu.my



Abstrak


Penyediaan laporan bagi setiap program dalam pengurusan dan pentadbiran Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah amat penting dan inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran diterapkan. E-R UBK SMKS adalah satu kaedah yang menggunakan autocrat, google doc dan google form di dalam google drive. Pengisian di dalam google form akan membina laporan satu muka surat. Sebelum wujudnya E- R UBK SMKS, (i) Laporan ditulis di dalam komputer riba, (ii) Menulis laporan yang banyak dan kadang-kala memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikan, (iii) Laporan kurang menarik, (iv) Laporan yang tersimpan boleh tercicir atau hilang dalam komputer riba. Hasil selepas inovasi ialah: (i) Laporan boleh disediakan menggunakan telefon bimbit dan juga komputer riba, (ii) Laporan yang banyak boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat, (iii) Laporan 1 muka surat yang menarik dan boleh diubah suai, (iv) Laporan secara automatik tersimpan di dalam email (boleh menyediakan email yang khas untuk laporan). Impak penggunaan E-R UBK SMKS memenuhi 7 teras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu meningkatkan keupayaan penggunaan digital di sekolah. Penyediaan laporan yang banyak dapat diselesaikan dengan mudah dan boleh dibuat walau di mana juga pengguna berada.


Kata Kunci : Inovasi dalam pengurusan dan pentadbiran, autocrat, google doc, google form, 7 teras Kementerian Pendidikan Malaysia


CM STUDY GUIDE – STEP BY STEP GUIDELINE IN ASSISTING

STUDENTS TO PERFORM CALCULATION IN CALORIMETRY



By

AIZA MUFIDA BINTI MOZI

NURDEENA BINTI KHALID

LEE EVA

Johore Matriculation College, Tangkak, Johor

aizamozi889@gmail.com



Abstract


CM study guide is a mobile application with voice narration, which is designed to guide students to perform calculation for the heat of combustion and heat of neutralization. The specific objectives aim to provide guided working steps to calculate the heat and to help students to understand a given question and choose the correct surrounding in subtopic calorimetry. Comparison pre and post-tests and questionnaire are used in the study. Based on the comparison between the pre and posttests, a significant increase (83.5%; n=34) shown by the students’ performances. From the questionnaire analysis, 4.96 out of 5 (5 point Likert scale) students agreed that they are able to determine the surrounding (calorimeter, water or solution) after the use of the mobile apps. The outcomes data convinces that the CM study guide is able to assist students to calculate heat of combustion and heat of neutralization.

Anjuran bersama:

Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (est.1976) dan Persatuan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Sabah (est.2020)