Muzium Perak

Muzium Perak

Muzium Perak dibina pada tahun 1883. Ia merupakan Muzium yang pertama di Malaysia. Idea penubuhannya dicetuskan oleh Sir Hugh Low, Residen British di Negeri Perak ketika itu yang mengarahkan Leonard Wray Junior, seorgang ahli botani, geologi dan Penguasa Taman Bukit Larut untuk mengumpulkan pelbagai koleksi terutama spesimen zoologi, herbarium, etnologi masyarakat Melayu dan Orang Asli. Beliau telah juga dilantik sebagai kurator Muzium Perak yang Pertama (1883~1904). Pihak pentadbiran British meneraskan penubuhan sebuah muzium sangat penting sebagai pusat pengumpulan dan penyelidikan adat resam dan budaya masyarakat tempatan.

Bangunan Muzim Perak mempunyai konsep senibina Inggeris Neo-Classical. Kerja-kerja pembinaan bangunan muzim dilakukan secara berperinkat-perinkat. Fasa pertama (1883~1886), hanya bangunan utama dapat disiapkan. Bangunan ini dilengkapi dengan ruang pejabat, perpustakaan dan galeri A. Fasa kedua (1889) ditambah ruang dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang. Fasa Ketiga (1891~1893), ruang pameran (galeri B) telah dibina. Oleh kerana jumlah koleksi semakin bertambah maka pihan Inggeris telah membina sebuah bangunan tambahan dua tingkat (Galeri C dan Galeri D) pada tahun 1990 hingga 1903.

Muzim

Perak kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamabologi yang diklasifikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih 100 tahun seperti spesimen burung, skeleton binatang, artifak kebudayaan dan sebagainya. Kebanyakan koleksi atau artifak ini diperagakan dalam empat galeri utama, iaitu Galeri A (pameran sementara), Galeri B (Alam Semulajadi) Galeri C (Kebudayaan) dan Galeri D (Tembikar dan masyarakat Orang Asli).

Galeri Dan Koleksi dalam Muzium Perak

Muzim mempunyai empat galeri utama:

Galeri A merupakan ruang di mana pameran sementara diadakan di dalam tempoh-tempoh tertentu di antara sebulan hingga setahun. Biasanya ia diadakan berdasarkan tema-tema atau peristiwa-peristiwa tertentu. Antaran pameran yang pernah diadakan seperti pameran sempena manyambut Bulan Kemerdekaan, Pameran Sempena Tahun Baru Cina, Pameran Bulah Imspirasi Budaya, Pameran Maritim dan sebagainya.

Galeri B (Pameran Alam Semulajadi) pula memamparkan mengenai koleksi skeleton haiwan, spesimen melibatkan haiwan mamalia, amfibia, reptilia, burung-burung dan serangga. Selain itu terdapati juga sedikit koleksi herba dan buah-buahan tempatan.

Bangunan Muzium Perak

Galeri C (Pameran kebudayaan) pula memperagakan artifak yang melibatkan aktiviti pertukangan dan perusahaan seperti hasil pertukangan tembaga, perak, cutam, tekatan, anyaman dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pameran mengenai permainan tradisional, busana Melayu Perak, Perkahwinan dan perayaan bagi masyarakat Melayu, Cina dan India.

Galeri D (Pamiran Tembikar) mempamerkan tembikar Perak seperti Labu, tembikar semasa zaman pra-sejarah, kendi, buyung dan sebagainya. Bagi Pameran Masyarakat Orang Asli pula banyak dipamerkan mengenai topeng Orang Asli, hasil kraftangan, alat muzik, perhiasan diri dan alat pemburuan.

Selain itu, terdapat juga pameran luar yang mempamerkan jenis-jenis pengangkutan awal di Malaysia seperti perahu, kereta kuda, beca dan sebagainya. Kebanyakan koleksi di Muzium Perak telah berusia lebih daripada 100 tahun.

Kemudahan Lain

Surau, tempat letak kereta, tandas awam, perpustakaan, lawatan berpandu.

Tempat-tempat menarik berhampiran

Zoo Taiping

Taman Tasik Taiping

Kemudahan Penginapan

Hotel Seri Malaysia

Tel: 05-806 9502

Faks: 05-8069495

Hotel Panaroma

Tel: 05-808 4111

Faks: 05-808 4120

Hari dan Masa Lawatan:

Isnin Hinga Ahad: 09:00 ~ 17:00

Jumaat: 09:00~12:15 dan 14:45~17:00

Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Kemudahan Pengangkutan

Dari Terminal Bas Taiping

Teksi: RM6.00

Dari Terminal Bas Kemunting

Teksi: RM8.00

Alamat:

Muzim Perak

Jalan Taming Sari

Taiping, 34000 Perak

tel: 05-8072057

Faks: 05-8063643