Ipoh, 2025 – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mencipta sejarah tersendiri apabila menggondol lima anugerah utama daripada sembilan kategori yang dipertandingkan pada PolyCC Sustainability Award (PolyCC Sust Award) 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi yang diadakan di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.
Dengan tema “Innovation Towards Sustainability Empowerment”, pengiktirafan ini membuktikan komitmen PMM dalam mengarusperdanakan kelestarian kampus selari aspirasi pembangunan mampan negara.
𝑱𝑶𝑯𝑨𝑵
Anugerah Terbilang Kemampanan Kategori UI GreenMetric
Anugerah Terbilang Kemampanan Kategori Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim
Anugerah Terbilang Kemampanan Kategori Pengurusan Air
𝑻𝑬𝑴𝑷𝑨𝑻 𝑲𝑬𝑻𝑰𝑮𝑨
Anugerah Cemerlang Kemampanan Kategori Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan
Anugerah Cemerlang Kemampanan Kategori Pengurusan Sisa
Pengarah PMM, YBrs. En. Norizam bin Sekak, turut merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan agenda kemampanan lestari ini di Politeknik Merlimau Melaka.
Semoga kejayaan gilang-gemilang ini mengangkat nama PMM sebagai peneraju kelestarian di peringkat politeknik dan kolej komuniti, seterusnya menjadi wadah inspirasi kepada warga IPT lain untuk kekal komited melaksanakan inisiatif hijau secara menyeluruh.