Jawatankuasa SmartGreen dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan Staf (KSK) dan Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah berjaya menganjurkan satu program santai yang melibatkan staf PMM dari pelbagai jabatan dan unit. Program ini turut melibatkan kerjasama daripada pihak luar iaitu Jabatan Pertanian Negeri Melaka (Cawangan Merlimau), TCE Tackles, AASN Construction Enterprise dan Haniz Nursery.
Aktivit-aktiviti yang dijalankan melalui program ini dapat menyumbang kepada pencapaian beberapa SDG iaitu SDG 3 (Kesihatan dan kesejahteraan yang baik), SDG 12 (Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab) dan SDG 14 (Kehidupan di bawah air). Amalan memancing yang mampan membantu melestarikan ekosistem akuatik di tasik PMM. Ia juga menyumbang kepada pemeliharaan stok ikan dan kesihatan keseluruhan ekosistem di Tasik PMM, selaras dengan SDG 3 dan SGD 14.
Seramai 109 orang peserta yang terdiri daripada staf pelbagai jabatan dan unit di PMM terlibat dalam program ini. Bagi pertandingan memancing, dua kategori dipertandingkan, iaitu kategori ikan terbanyak dan kategori ikan terpanjang. Selain hadiah kepada para pemenang, aktiviti cabutan bertuah juga diadakan untuk semua peserta yang terlibat