18 Julai 2024 - JawatankuasaΒ Smartgreen Politeknik Merlimau telah mengadakan Program pelancaran Green On Campus : Go Green PMM pada 18 Julai 2024 bagi menyokong usaha-usaha kelesterian alam sekitar, meningkatkan imej dan reputasi serta membuka peluang untuk inovasi yang berkekalan.Β
Perasmian program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Merlimau Lt. Kol Norizam bin Sekak dengan membuat lontaran Mudball, atau lebih dikenali sebagai bebola lumpur ke dalam Tasik PMM sebagai gimik perasmian seusai aktiviti briswalk berakhirΒ pada awal pagi.Β
Para peserta program turut berpeluang untuk melontarΒ 300 Mudball yang telah berjaya dihasilkan semasa Bengkel Penghasilan Mudball tempoh hari. DiantaraΒ aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sempena program ini ialah seperti memancing & menjala ikan, sesi cabutan bertuah dan berakhir dengan makan tengahari bersama di Pusat Islam PMM.
Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ini diharap dapat menyumbang kepada beberapa anugerah yang akan disertai PMM seperti MPCCSustAward, GPM Award dan UI GreenMetric nanti.
https://vt.tiktok.com/ZSAdFcQy4/ (kredit Pn Marina Abu Bakar)