πππππππ ππππππππππ: πππ ππππππππππ ππππππ ππ-ππππππππ
MERLIMAU, 11 Mac β Jawatan Kuasa Teknologi Hijau Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah menjayakan Program Masjid Lestari : We Love Al-Mutaqqin dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqqin, Kg Tedong, Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) hari ini.
Menurut Pengarah Program,Β Ts. Dr Hassan Ismail, 42, berkata "objektif program ini adalah untuk menjadi pemangkin semangat kepada para peserta di mana program seperti ini dapat memberikan impak yang tinggi terutamanya kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran industri revolusi (IR 4.0) yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang".
"Selain dari itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan staf tentang aktiviti kemasyarakatan, menanam nilai-nilai murni serta dapat mempromosikan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) kepada masyarakat komuniti setempat."
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam program ini antaranya, Gotong- Royong membersihkan luar dan dalam Masjid, memasang pancang landskap, Mengecat, aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Masjid dan pertandingan mobile legend turut diadakan. Seramai 65 orang pensyarah dan 95 orang pelajar telah menjayakan program ini.
Turut memeriahkan program pagi tadi, Setiausaha Adun Serkam, En. Roslan bin Hj Abdul juga hadir bagi acara perasmian penutupan program tersebut.