Bagi menggalakkan semangat kerjasama, menjimatkan penggunaan kenderaan persendirian, serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, Jawatankuasa CoAST dengan sukacitanya melancarkan Kempen “Kongsi Kereta” ke Masjid pada setiap hari Jumaat bermula pada 04 Julai 2025. Kempen ini adalah selaras dengan matlamat untuk menjadikan kampus PMM sebagai sebuah kampus lestari serta penarafan PMM dalam UI Greenmetric World University Ranking.
Melalui kempen ini, semua warga PMM digalakkan untuk berkongsi kenderaan semasa pergi dan pulang dari Solat Jumaat. Tujuan Kempen ini adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik dan masalah parkir di kawasan masjid, mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) melalui pengurangan bilangan kenderaan dan menggalakkan semngat silaturrahim dan kebersamaan sesama rakan sekerja.
Ayuh semua warga PMM, kita mampu mengubahnya. Selamatkan bumi kita dari pelepasan karbon yang boleh menipiskan ozon. 🌏🌳🍃