Sempena dengan minggu pelancaran Green on Campus PMM, Jawatankuasa SmartGreen akan melaksanakan Kempen Penjimatan Penggunaan Kertas di Kampus PMM bermula pada 15 Julai 2024. JKC SmartGreen PMM juga dengan sukacitanya menjemput semua warga PMM untuk memberikan tanda sokongan dengan meninggalkan komen #sokong pada ruangan komen Facebook PMM terhadap Kempen ini.
Salah satu usaha melestari alam sekitar aialah dengan penjimatan kertas yang dihasilkan daripada pokok yang ditebang diseluruh dunia saban hari. Oleh itu, matlamat penganjuran kempen ini adalah memberikan kesedaran kepada warga PMM akan kepentingan penjimatan kertas dalam kehidupan seperti guna semula, kertas kitar semula dan sebagainya. Kempen ini juga selaras dengan matlamat untuk menjadikan kampus PMM sebagai sebuah kampus lestari serta penarafan PMM dalam UI Greenmetric World University Ranking.
Ayuh semua warga PMM, kita mampu mengubahnya. Selamatkan bumi kita dari penggunaan ketas yang berlebihan.