Jawatankuasa Smartgreen Politeknik Merlimau dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM, Kampus Pagoh, telah menganjurkan bengkel Penghasilan Mudball yang telah berlangsung pada 4 Julai 2024 di Bengkel Hidraulik, PMM.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga PMM tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar dengan menggunakan kaedah inovatif baharu iaitu βmudballβ atau bebola lumpur. Mudball merupakan salah satu teknik perawatan air secara semula jadi yang tidak menggunakan bahan kimia berbahaya. Mudball mengandungi mikroorganisma berfaedah yang mampu merawat pencemaran air di kolam, tasik, sungai, longkang, dan lain-lain.
Penggunaan mudball dapat meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah serta menyebarkannya di dalam air dengan lebih berkesan, menjimatkan kos, dan meningkatkan kualiti air iaitu memperbaiki kotoran air,Β menghilanglan bau busuk pada saliran air, membantu merawat pH air untuk tujuan pertanian, perikanan, dan penternakan.
Bengkel Mudball ini telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada kesemua 37 orang peserta. Melalui bengkel ini, para peserta diberi taklimat dan diajar bagaimana untuk menghasilkan Mudball secara praktikal. Sebanyak 300 mudball telah dihasilkan dan mudball ini akan dikeringkan dan dilempar di dalam Tasik PMM dalam program pelancaran Green On Campus: PMM Go Green pada 18 Julai 2024 nanti.