FIRA RoboWorld Cup Malaysia ke-18 2025
Politeknik Merlimau (PMM)
FIRA RoboWorld Cup Malaysia ke-18 (2025) diadakan dari 21 hingga 26 Jun 2025 di Politeknik Merlimau Melaka, dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dengan kerjasama PMM. Acara ini menyatukan pelajar dari pelbagai institusi dalam kategori teknologi robotik terkini.
Sebagai satu usaha memperkukuh kelestarian, SmartGreen PMM telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kelestarian, bertanggungjawab memastikan pengurusan acara mematuhi prinsip mesra alam dan lestari. Antara aktiviti yang digariskan oleh Jawatankuasa Kelestarian SmartGreen PMM sepanjang program berlangsung adalah:
✅ Kecekapan Tenaga
Lampu LED dan peralatan cekap tenaga digunakan sepanjang acara. Semua peralatan elektronik dimatikan selepas digunakan.
✅ Pengurusan Sisa
Tong kitar semula dengan label yang jelas untuk plastik, kertas, kaca, dan sisa makanan disediakan di lokasi strategik. Penggunaan bahan sekali guna seperti plastik dan polistirena dikurangkan. Pengurusan e-waste juga dilaksanakan dengan meletakkan tong kitar semula -e-waste di dalam dewan Platinum.
✅ Perolehan Lestari
Cawan, pinggan, dan plastik daripada bahan biodegradasi atau kitar semula digunakan.
✅ Pengangkutan Hijau
Peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan (carpool) untuk ke lokasi acara. Peserta, sukarelawan, AJK digalakkan untuk berjalan kaki di dalam kampus.
✅ Pengurangan Jejak Karbon
Komunikasi digital digunakan untuk pendaftaran dan penyebaran maklumat. Penggunaan kertas dikurangkan dengan menggantikan dokumen bercetak dengan versi digital.
Garis panduan ini memastikan FIRA RoboWorld Cup Malaysia 2025 berlangsung dengan lebih mampan dan mesra alam. 🌱🤖
IMPAK & NILAI TAMBAH
Penglibatan Team SmartGreen PMM membuahkan impak positif:
Mengurangkan penggunaan bahan buangan dan meningkatkan kadar kitar semula.
Menyemarakkan kesedaran mengenai mobiliti hijau dan penjimatan tenaga.
Memupuk reputasi PMM sebagai institusi TVET yang komited terhadap pembangunan mampan.
Dengan pelantikan sebagai jawatankuasa rasmi kelestarian, SmartGreen PMM telah memastikan FIRA 2025 dijalankan secara mesra alam. Inisiatif hijau yang dilaksanakan memberi nilai tambah kepada struktur acara dan menyokong objektif SDGs. Kejayaan ini diharap menjadi asas kukuh untuk pengurusan acara lestari di masa hadapan.