Sempena cuti semester yang sedang berlangsung, semua warga Politeknik Merlimau Melaka disarankan untuk menyertai Kempen Kemas Ruang Kerja anjuran Jawatankuasa SmartGreen PMM.
Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, teratur dan lestari melalui amalan penjagaan ruang kerja seperti:
🧹 Mengemas dan menyusun semula ruang kerja
📄 Mengasing dan mengitar semula kertas tidak digunakan
📦 Menyimpan dokumen penting dengan sistematik
💡 Ayuh bersama-sama!
Ambil peluang sepanjang cuti ini untuk mencipta ruang kerja yang lebih selesa dan mesra alam.
📍 Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR pada poster atau layari:
🔗 https://sites.google.com/pmm.edu.my/smartgreen-pmm/utama
#SmartGreenPolyCC PMM
#PMMWarriors
#PoliteknikMerlimau
#RuangKerjaBersihMindakuTenang