ππππππ πππππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ "ππππ πππ ππππππ"
20 Oktober 2024 (Rabu) - Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau (MPP PMM) telah mengadakan kursus penghasilan mudball sempena program "Save Our Nature" yang akan datang. Sebanyak 1,000 mudball telah dihasilkan oleh 30 ahli Sekretariat MPP dengan jayanya di Bengkel Hidraulik, Politeknik Merlimau.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga PMM mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar dengan menggunakan kaedah inovatif baharu, iaitu "mudball" atau bebola lumpur. Mudball merupakan salah satu teknik perawatan air semula jadi yang bebas bahan kimia berbahaya. Setiap mudball mengandungi mikroorganisma berfaedah yang mampu merawat pencemaran air di kolam, tasik, sungai, longkang, dan kawasan lain yang tercemar.
Penghasilan mudball ini turut mendapat bimbingan daripada Ts. Dr. Hassan bin Ismail dan Pn. Noor Syahrina Azween binti Md Saru.Β Usaha bersama ini diharap dapat menyemai kesedaran dalam kalangan komuniti PMM untuk terus memelihara alam sekitar secara lestari.