Jawatankuasa Smartgreen Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke De Four Green Environmental Resources Sdn Bhd di Tapak Projek Kolam Ikan, Alai, Melaka. Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik yang menjadikan syarikat tersebut penerima Anugerah Cemerlang dan Anugerah Emas Projek Hijau melalui projek inovatif bertajuk "Prevent Contaminated Water from Fish Pond Through Continuous Process Improvement" dalam Anugerah Hijau Melaka 2024.
Delegasi lawatan diketuai oleh Ts. Dr. Hassan bin Ismail, bersama Dr. Hasmani binti Hashim dan Puan Shafura binti Shariff. Pihak PMM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Nor Said bin Kalip, Pengarah Urusan De Four Green Environmental Resources Sdn Bhd, atas perkongsian ilmu yang bernilai dalam bidang kelestarian alam sekitar.
Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara PMM dan pihak industri, sekaligus memperkasa inisiatif hijau serta memacu agenda kelestarian dalam sektor pendidikan dan industri.