MERLIMAU, 19 Februari β Dalam usaha memperkasa inisiatif hijau dan kelestarian kampus, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah menerima kunjungan dari KK Temerloh, KK Kuantan & KK Pagoh dalam sesi Lawatan Penandaarasan SmartGreen yang berlangsung pagi tadi.
PMM telah berjaya mengekalkan reputasi sebagai institusi yang aktif dalam program kelestarian, termasuk kejayaan dalam UIGreen Metrics World University Rankings 2024 dan MPCCSustAwards 2024. Turut hadir dalam sesi ini ialah Timbalan Pengarah Akademik, Pn Faridatuljana binti Mohd Noor.Β
Taklimat utama telah disampaikan oleh En. Muhammad Jais bin Gimin, Penyelaras SmartGreen PMM yang berkongsi mengenai pelaksanaan dan kejayaan inisiatif SmartGreen di PMM. Taklimat ringkas turut disampaikan oleh Dr. Hasmaini binti Hashim (Pengerusi Anugerah Hijau), Ts. Dr. Hassan bin Ismail (Pengerusi Pembangunan Projek Hijau), Dr Normazlina binti Mat Isa (Pengerusi Teknologi Hijau) dan dibantu oleh JK SmartGreen PMM.Β
Antara agenda utama dalam lawatan ini termasuk:
β Taklimat Smartgreen PMM
β Taklimat UIGreen Matrics World University RankingsΒ
β Taklimat MPCCSust Award
β Lawatan KampusΒ
Diharapkan perkongsian ilmu dan idea ini dapat menjadi panduan serta inspirasi kepada semua institusi yang terlibat dalam memperkukuh amalan hijau di kampus masing-masing.