Umum:
Menjalankan aktiviti verifikasi peralatan di Jabatan Patologi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Khusus:
Menyelaras dan menyeragamkan prosedur verifikasi dan performance check bagi peralatan mengukur (measuring equipment):
a) Thermometer dan data logger
b) Micropipette
c) Analytical balance
d) Timer
Merancang sesi latihan/taklimat yang berkaitan dengan verifikasi peralatan yang tersenarai di peringkat jabatan.
Mengemaskini dokumen teknikal yang berkaitan dengan verifikasi peralatan mengikut keperluan.
Memantau aktiviti perlaksanaan verifikasi peralatan di peringkat jabatan.
Menyediakan laporan verifikasi peralatan berdasarkan Objektif Kualiti MS ISO15189 yang telah ditetapkan di peringkat jabatan.