FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
“Guru yang pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Dasar Sekolah merupakan satu garis panduan untuk mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efisen. Dasar ini perlu dilaksana dan dipatuhi oleh semua warga sekolah khususnya di kalangan guru dan AKP di sekolah ini.
Dasar-dasar sekolah yang telah digubal ini telah mengambilkira semua aspek yang berkaitan dengan Etika Perkhidmatan, Surat-Surat Pekeliling, Perintah-Perintah Am dan Arahan-Arahan Am yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Dasar-dasar ini adalah releven dengan situasi semasa dan boleh berubah mengikut kesesuaian khususnya yang berkaitan dengan urusan-urusan dalaman sekolah. Dasar-dasar ini juga tertakluk dengan perubahan dasar diperingkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maka adalah diharapkan agar semua warga sekolah meletakkan dasar-dasar ini sebagai keutamaan penting semasa melaksanakan tugas-tugas sebagai penjawat awam di sekolah ini agar sekolah ini sebagai sebuah organisasi pendidikan dapat mencapai matlamat sesuai dengan Visi dan Misi yang telah ditetapkan iaitu Menjadi Sebuah Sekolah Bestari Yang Gemilang Pada Setiap Tahun.
Dasar pengurusan Hal Ehwal Murid melibatkan beberapa dasar seperti keetapan di bawah:
Dasar 1: Tenaga Pengajar
Dasar 2: Kemasukan Murid
Dasar 3: Disiplin Murid
Dasar 4: Keselamatan Murid
Dasar 5: Kesihatan Murid
Dasar 6: Kebajikan Murid
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah."Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan". Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
Penyertaan dalam sukan dan permainan.
Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.