FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Pada setiap tahun, borang permohonan SPBT akan diedarkan kepada setiap murid. Borang yang lengkap akan dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada guru SPBT.
Buku-buku yang bermasalah akan dibuat pertukaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan SPBT sekolah secara berperingkat dan kebiasaannya akan dibuat pada awal tahun / awal sesi persekolahan yang baharu. Murid perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua buku teks yang telah diterima. Tindakan yang perlu dilakukan sejurus selepas menerima buku teks yang telah diberikan adalah seperti ketetapan di bawah:
Membalut Buku SPBT.
Menjaga kebersihan dan jangan diconteng.
Menulis nama, kelas dan tahun dipetak disediakan.
Bagi mengurangkan kes kehilangan buku teks pinjaman yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah, justeru pihak sekolah telah menjalankan Program Cakna Buku Teks. Program Cakna Buku Teks ini di buat sewaktu proses penerimaan buku teks kepada semua murid dan program ini berterusan sehingga akhir sesi persekolahan. Program ini sentiasa dimaklumkan oleh guru penyelaras SPBT sekolah pada setiap minggu perhimpunan pagi.
Program Cakna Buku Teks :
Program Cakna Buku Teks 1: Program Cakna OPS
Program Cakna Buku Teks 2: Program Cakna Prihatin
PENDAHULUAN
Program Cakna OPS merupakan program yang dijalankan oleh Unit SPBT dengan bantuan cilik Pengawas SPBT sekolah yang telah dilantik. Program ini bertujuan untuk mendidik murid supaya menghargai buku teks yang diterima. Program ini diharapkan dapat mengurangkan sikap murid yang suka mengambil ringan mengenai kepentingan menjaga buku teks.
MATLAMAT
Menanam sikap bertanggungjawab terhadap buku yang diberi secara pinjaman oleh Kerajaan atas dasar layak seratus peratus.
Melahirkan sikap murid yang menghargai buku teks dan menjaga buku teks.
OBJEKTIF
Membudayakan sikap menyayangi buku teks sendiri.
Memaksimumkan penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran harian
Melahirkan murid yang lebih bertanggungjawab ke atas buku sendiri dengan melaksanakan peraturan- peraturan peminjaman yang telah ditetapkan.
PELAKSANAAN
Pemantauan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Pemantauan sebelum guru masuk ke kelas (waktu peralihan guru)
Pemantauan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Pemantauan sebelum guru masuk ke kelas (waktu peralihan guru)
PENDAHULUAN
Program ini merupakan usaha memupuk murid bersikap prihatin terhadap buku teks. Ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah buku yang hilang pada setiap tahun. Program ini dijangka dapat mendidik sahsiah murid agar menyayangi buku teks dan menjaganya dengan cermat.
MATLAMAT
Menjumpai buku teks yang hilang dan memulangkan semula ke bilik SPBT untuk tindakan selanjutnya.
Melahirkan sikap murid yang menghargai buku teks dan menjaga buku teks.
Mengurangkan jumlah buku yang ditinggalkan merata-rata.
OBJEKTIF
Membudayakan sikap menyayangi buku teks sendiri.
Melahirkan murid yang lebih prihatin dan bertanggungjawab ke atas buku masing-masing.
Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap peraturan sekolah khususnya peraturan SPBT
PELAKSANAAN
Pemantauan semasa cuti pertengahan semester pertama dari kelas ke kelas
Pemantauan semasa cuti pertengahan tahun dari kelas ke kelas
Pemantauan di dalam bilik-bilik khas
Pemantauan di sekitar kawasan sekolah