FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah dibentuk di peringkat sekolah.
Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberi apa jua bentuk bantuan kepada murid di sekolah ini. Pihak tuan/puan boleh menghubungi pihak pengurusan sekolah.
Antara program kebajikan murid yang dilaksanakan di sekolah adalah seperti:
Sumbangan anak yatim dan miskin.
Bantuan yuran kepada murid yang kurang berkemampuan.
Bantuan hari raya kepada murid yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik.
Menguruskan derma dan bantuan kebajikan kepada murid yang layak dan memerlukan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan telah diputuskan dalam mesyuarat.
Menjalankan mesyuarat tergempar jika keadaan memerlukan.
Mengurus dan mengelola Tabung Kebajikan Murid.