FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberi sesi kaunseling dan bimbingan melalui aktiviti-aktiviti berikut:
Sesi kaunseling individu
Sesi kaunseling kelompok
Kem Jati Diri
Untuk makluman semua pengunjung, Program Mentor-Mentee SK St John 1 dijalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling di mana setiap kelas akan mendapat 1-2 orang mentor. Ini bergantung kepada bilangan guru tahun semasa. Sesi ini dijalankan mengikut Modul Mentor-Mentee yang telah disediakan.
Sekolah kami juga telah menggunakan platform digital dalam sistem pengurusan fail penulisan laporan perjumpaan mentor-mentee di mana laporan perjumpaan secara bertulis tidak lagi digunakan sebaliknya diganti dengan e-digital pelaporan.
Pihak sekolah juga melantik murid-murid yang mempunyai kriteria yang telah ditetapkan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ).
Program ini diwujudkan bagi meringankan beban Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dalam menangani masalah murid di sekolah yang semakin bertambah.
Ini kerana, pengaruh rakan sebaya dalam kalangan murid boleh menjadi satu tenaga penggerak yang hebat untuk membimbing rakan-rakan ke arah perkembangan positif dalam membina diri.
Walau bagaimanapun, konsep menggunakan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan sendiri bukanlah satu konsep yang baru kerana konsep ini adalah konsep sejagat yang terdapat di mana-mana masyarakat tanpa mengira umur.