FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi pembelajaran abad ke-21 ialah menggunakan Peta i-Think.
Peta i-Think ialah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan.
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan generasi yang kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK ialah Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
PETA DAKAP / BRACE MAP
PETA TITI / BRIDGE MAP
PETA BUIH / BUBBLE MAP
PETA BULATAN / CIRCLE MAP
PETA BUIH BERGANDA / DOUBLE BUBBLE MAP
PETA ALIR / FLOW MAP
PETA PELBAGAI ALIR / MULTI FLOW MAP
PETA POKOK / TREE MAP