FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Di Sk St John 1, kami membudayakan KBAT dalam Pengurusan sekolah, Kurikulum, Hal Ehwal Murid mahupun dalam Kokurikulum. Selain itu, Pelan Pembangunan KBAT telah melibatkan semua barisan pentadbir, pasukan pemandu KBAT, guru & kakitangan serta dalam kalangan murid itu sendiri.
Untuk makluman semua, dalam Pelan Pembangunan, terdapatnya Jalinan dan Jaringan, sokongan Komuniti dan Swasta. Oleh yang demikian, pihak sekolah amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berganding bahu dalam membudayakan KBAT di SK St John 1.
Dalam PdPc, Kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid pula, pelaksanaan KBAT telah melibatkan semua mata pelajaran sama ada mata pelajaran teras mahupun elektif (Kurikulum) , aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan (Kokurikulum) dan juga program-program Hal Ehwal Murid bagi melahirkan murid yang berpemikiran luas, kreatif, berdaya saing, mampu mengatasi masalah, mencari solusi dan Pendidikan Bermakna sepanjang hayat. Penerapan teknik penyoalan KBAT telah dijadikan budaya utama di Sk St John 1.
Contohnya:
Untuk menjadikan sesuatu aktiviti itu dikategorikan KBAT, kita perlu bertanya murid atau mengajak murid untuk membandingkan sesuatu tidak kira dalam apa jua bidang atau tajuk. Kata kunci di sini ialah "banding beza".
KBAT bukanlah memerlukan ayat-ayat yang BOMBASTIK atau soalan-soalan sampai murid tidak boleh berfikir kerana terlalu susah. Sebaliknya, teknik penyoalan biasa juga boleh dengan cara meminta mereka membezakan antara dua atau tiga objek atau perkara. Kata kunci di sini ialah "banding beza".
Setiap hari memang kita telah melakukan KBAT atau telah melaksanakan KBAT sama ada dalam bilik darjah, luar bilik darjah, di kantin, di surau mahupun di padang melalui teknik penyoalan kita terhadap murid-murid seperti meminta murid membandingkan tindakan baik atau tindakan buruk sekiranya sesuatu perkara itu dituruti atau tidak. Inilah KBAT.
KLIK BUTANG DOWNLOAD JIKA INGIN BAHAN DI BAWAH
KLIK BUTANG DOWNLOAD UNTUK DOWNLOAD SEMUA FAIL BAHAN RUJUKAN KBAT
KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD FAIL YANG DIPERLUKAN SAHAJA DARIPADA BAHAN RUJUKAN KBAT