FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
BYOD adalah singkatan dari ayat "Bring Your Own Device" iaitu di dalam Bahasa Melayu adalah "membawa peranti anda sendiri". Ia juga dikenali sebagai BYOT iaitu "Bring Your Own Technology" atau "membawa teknologi sendiri" dan BYOPC iaitu "Bring Your Own Private Computer" atau "membawa PC anda sendiri". BYOD merupakan suatu konsep atan dasar dimana ia membenarkan murid untuk membawa peranti mudah alih sendiri iaitu telefon pintar, tablet dan komputer riba yang boleh digunakan di sekolah dan menggunakan peranti-peranti tersebut untuk mengakses maklumat khas dan aplikasi dalam pembelajaran seharian.
Untuk makluman pengunjung alam maya, Sk St John 1 telah menyediakan paltform digital one stop centre bagi memudahkan para pengunjung untuk mengakses dan melayari maklumat berkaitan pelaksanaan BYOD di sekolah kami. Tuan/Puan amat dialu-alukan untuk melayari platform digital BYOD kami agar informasi terkini berkaitan TOR, KPI serta cara pelaksanaan dapat difahami dengan jelas dan tepat. Lebih menarik lagi, hasil murid juga akan dimuat naik melalui platform digital BYOD Sk St John 1 untuk rujukan semua pengunjung.