FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
STEM merupakan suatu bidang ilmu yang menyepadukan pembelajaran bagi bidang Sains (S), Teknologi (T), Kejuruteraan (E) dan Matematik (M). Bagi mencapaikan hasrat penyepaduan tersebut, dua bidang lain iaitu bidang seni (Art - A) dan bacaan (Reading - R) turut terlibat secara tak langsung. Ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif, imaginatif, inventif dan mempunyai nilai estetik dalam mengamplikasikan STEM semasa penyelesaian masalah dalam kehidupan.
Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam konteks negara kita, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada murid.