FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
SISTEM PENDAFTARAN MURID
Ibu bapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa hadir pada hari pendaftaran.
Sekolah melaksanakan Program Orientasi Murid Tahun 1.
Hari Orientasi murid dijalankan bagi mendedahkan murid-murid dengan hari persekolahan sebenar.
Pendaftaran dijalankan mengikut ketetapan yang di maklum dari masa ke semasa.
Memasukkan data murid ke dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan ke dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
PORTAL RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - PENDAFTARAN SEKOLAH RENDAH
Klik pautan di sebelah - https://www.moe.gov.my/pendaftaran-sr
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM
Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Permohonan kemasukan Ke Tahun 1 sesi kemasukan persekolahan boleh dilakukan secara online.
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Kanak-kanak warganegara Malaysia
Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari ( _ _ _ _tahun ) hingga 1 Januari ( _ _ _ _ tahun )
Aplikasi Pangkalan Data Murid secara amnya merupakan satu Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan murid.
Sistem ini boleh diakses secara pantas melalui pautan rasmi https://apdm.moe.gov.my/
Para ibu bapa / penjaga juga boleh mengemaskini beberapa maklumat asas melalui sistem ini.
Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuklah:
Profil anak jagaan
Alamat anak jagaan
Maklumat penjaga
Asas kesihatan
Perakuan maklumat
Cetak BMM
Cetak surat persetujuan kesihatan
Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.
Mulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut.
Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
Klik Pengguna Baru
Tekan Daftar Pengguna
Klik Daftar
Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
Klik Permohonan Baharu
Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
Lengkapkan maklumat berikut:
Maklumat murid
Maklumat kesihatan
Maklumat penjaga
Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
Status permohonan murid akan dipaparkan.
Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
PENGESAHAN PENEMPATAN
Boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan https://idme.moe.gov.my/login
CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 KPM
Berikut adalah langkah membuat semakan penempatan Tahun 1 secara online.
Layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
Tekan butang Log masuk
Klik pada ikon Menu
Klik Aplikasi > Pengurusan Awam
Klik butang Menu sekali lagi dan pilih tab Pendaftaran Tahun 1 ( _ _ _ _ tahun )
Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
Status permohonan murid akan dipaparkan.
Cetak Surat penempatan dan hantar ke pejabat sekolah sebelum tarikh yang ditetapkan.
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
JIKA TERLUPA KATA LALUAN
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)