FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
Pemilihan murid RMT dan Susu Sekolah adalah melalui guru kelas. Guru kelas pula perlu berpandukan pendapatan ibubapa/penjaga dan bilangan adik beradik melalui maklumat yang telah dikemaskini dalam aplikasi APDM. Oleh yang demikian, kerjasama daripada ibubapa/penjaga untuk mengemaskini data maklumat dalam apikasi APDM amat kami harapkan agar program RMT dan Susu Sekolah dapat diberikan kepada murid-murid yang layak dan memerlukan. Kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Murid yang layak akan menerima borang permohonnan RMT.
Murid akan mendengar taklimat dan penerangan sebab mereka terpilih untuk menyertai RMT.
Murid yang layak mesti datang awal ke sekolah untuk makan sebelum sesi PdPc dijalankan atau makan semasa waktu rehat.
Murid yang layak juga perlu sentiasa mematuhi peraturan RMT dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dengan RMT.
Menu yang disediakan adalah berpandukan menu yang telah diberikan oleh pihak PPD/Kementerian.
Kehadiran murid yang layak ditanda mengikut masa, tarikh, peraturan makan dan lain-lain.
Semasa di kantin, murid yang layak akan dipastikan untuk mengambil makanan yang telah disediakan dan akan membaca doa makan makan bagi murid Islam. Jika murid yang layak tidak hadir, pengganti akan ditetapkan oleh pihak sekolah dan akan dimaklum kepada murid berkenaan dan juga pihak kantin sekolah.
Murid yang layak akan menerima susu sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Murid yang layak akan mendengar taklimat dan penerangan tentang khasiat susu yang terkandung di dalamnya.
Jika susu yang diterima masam, luput tarikh dan kekurangan penyedut, murid yang layak akan segera maklum kepada guru penyelaras.
Murid yang layak akan menerima susu yang baharu jika terdapat masalah seperti yang dinyatakan.
Murid yang layak telah dimaklum tidak boleh menjual susu yang diterima kepada murid lain.