FEEL FREE TO VISIT DASHBOARD IT'S TIME CIKGU AINA
DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran seperti aplikasi daripada Google, Microsoft dan aplikasi pembelajaran luar seperti Quiziz dan lain-lain yang boleh digunakan oleh murid, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google for Education yang dibekalkan oleh pihak KPM.
Pergi ke laman sesawang https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Klik 'Log Masuk'
Log masuk menggunakan ID MOE dan password yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Jika murid tidak mempunyai ID, sila hubungi admin DELIMa sekolah melalui guru kelas.
Selesai log masuk, laman 'Welcome to your new account' akan terpapar. Tekan butang 'Accept'. Pengaktifan akaun DELIMa selesai.
Seterusnya, murid boleh klik menu 'Murid' untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran digital.
Murid juga boleh klik menu 'Aktiviti' dan 'Aplikasi' untuk memanfaatkan dengan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dalam portal DELIMa.
Antara apliaksi popular dalam DELIMa ialah Google Classroom (GC) - Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang GC ?
Untuk pengetahuan pengunjung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan peralihan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian daripada Frog VLE kepada Google Classroom (GC) mulai 2019.
Google Classroom (GC) merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Google secara percuma bagi institusi pendidikan sama ada sekolah dan universiti untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) secara atas talian di seluruh dunia.
Memberikan kemudahan kepada guru dan murid yang dapat menggunakan aplikasi ini di mana-mana juga sama ada menerusi laptop atau telefon bimbit.
Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna yang mempunyai akaun Gmail.
Di hubungkan dengan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan Google Calendar, Google Meet.
Semakan pembelajaran melalui aplikasi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa.