Di dalam kursus Projek Tahun Akhir Kolej Vokasional, terdapat dua jenis projek yang boleh dibangunkan iaitu:

i)   Projek Jenis Nyata

ii)  Projek Jenis Kajian

 

Namun demikian, modul e-PTA berfokus kepada Projek Jenis Nyata iaitu projek yang merujuk kepada produk yang dibangunkan mengikut langkah-langkah dalam model ADDIE. Model ADDIE merupakan model rekabentuk yang sistematik dan efektif yang terdiri daripada lima fasa iaitu fasa Analisis, fasa Reka bentuk, fasa Pembangunan, fasa Pelaksanaan dan fasa Penilaian (Branch, 2009). Model ADDIE dipilih sebagai asas dalam pelaksanaan PTA kerana ia melibatkan proses aliran kerja yang berulang-ulang dan mempunyai perkaitan di setiap fasa-fasa yang berikutnya, seperti mana kursus PTA yang memerlukan setiap proses yang dilaksanakan oleh pelajar, dinilai dan ditambah baik berulang kali sebelum produk dapat dihasilkan.  Konsep model ADDIE ditunjukkan dalam rajah di bawah;