Fasa keempat dalam Model ADDIE adalah fasa pelaksanaan.  Dalam pelaksanaan kursus projek tahun akhir, terdapat dua jenis metodologi atau kaedah yang perlu dijalankan iaitu;

i.                 Metodologi produk.

ii.                Metodologi kajian.

 

Metodologi produk telah diperincikan pada Bab 2 dan Bab 3 di dalam modul ini yang merangkumi proses penciptaan resipi sehingga pengiraan kos produk.  Setelah produk siap, anda perlu melaksanakan prosedur kajian seterusnya iaitu menyediakan instrumen kajian bagi mengenal pasti tahap penerimaan responden kajian anda terhadap produk inovasi yang dihasilkan. Justeru bab ini akan memperincikan prosedur kajian berikutnya yang merangkumi penyediaan instrumen kajian, proses kesahan dan kebolehpercayaan, serta proses pengumpulan dan analisis data.