Pengiraan Kos Projek
Pengiraan Kos Projek
Menurut Reezlin (2021), kos adalah peruntukan wang yang dibelanjakan untuk pengeluaran atau penciptaan sesuatu produk dan perkhidmatan. Dalam konteks penghasilan produk inovasi yang berasaskan makanan atau minuman, beberapa jenis kos perlu diambil kira bagi mengenal pasti kos projek seterusnya menentukan kos jualan produk yang paling munasabah bagi produk inovasi yang dihasilkan.
Pengiraan Kos Makanan
Pengiraan kos makanan bertujuan untuk memaksimakan keuntungan serta membantu dalam membuat anggaran bagi mengawal perbelanjaan semasa penyediaan produk. Pengiraan kos yang tepat memerlukan anda mempunyai keupayaan dalam mengenal pasti peralatan untuk menyukat bahan dan hasil masakan. Sukatan terbahagi kepada dua iaitu sukatan bahan dan sukatan porsi. Sukatan bahan melihat kepada berat dan kuantiti bahan masakan manakala sukatan porsi melihat kepada jumlah item makanan yang dihidangkan atau dijual kepada pelanggan (Reezlin, 2021).
Porsi adalah jumlah berat sesuatu produk makanan yang disediakan untuk individu. Berat porsi boleh berbeza-beza mengikut kehendak anda sama ada ingin menyediakan porsi kepada pelanggan dalam kuantiti yang besar atau sederhana atau mengikut standard pemakanan industri (ukuran hidangan atau serving size). Cadangan berat bagi jenis makanan mengkut standard pemakanan industri adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah;
Pengiraan bilangan porsi bagi resipi anda pula boleh ditentukan mengikut langkah-langkah seperti di bawah;
Tukarkan berat setiap bahan dalam resipi anda mengikut keseragaman timbangan (gram).
Campurkan kesemua kuantiti bahan untuk mendapatkan jumlah sukatan bahan dalam gram.
Bahagikan mengikut berat untuk satu porsi (rujuk jadual saiz hidangan atau tentukan sendiri mengikut kehendak anda)
Pengiraan keseluruhan kos makanan adalah berasaskan kepada formula porsi sebenar.
Justeru, resipi standard yang telah anda bangunkan pada fasa dua iaitu fasa reka bentuk akan digunakan untuk mengira kos produk makanan anda dengan mengikuti langkah-langkah pengiraan seperti berikut:
Contoh Pengiraan Kos Makanan Mengikut 7 Langkah Pengiraan Kos Produk:
1. Porsi Sebenar
2. Kos Sebenar Setiap Bahan
3. Jumlah Kos Sebenar Setiap Bahan
4. Jumlah Keseluruhan Kos Bahan
5. Kos Makanan Per Porsi
Masakan: Nasi Sayuran Porsi: 10
6. Kos-Kos Tersembunyi Yang Boleh Dimasukkan Dalam Kos Produk
Dalam contoh ini, kos pembungkusan dan pelabelan yang dikenakan adalah bagi 10 pax yang kemudiannya dijumlahkan. Peratus kos overhed ditetapkan kepada 25% manakala peratus kos buruh pula ditetapkan kepada 30% dari kos keseluruhan makanan setelah ditambah dengan kos pembungkusan dan pelabelan
7. Harga Jualan
Dalam menentukan harja jualan, anda boleh memasukkan harga tokokan atau ‘mark-up’ mengikut peratus keuntungan yang anda inginkan. Dalam contoh ini, peratus mark-up yang dikenakan adalah 40% dari kos keseluruhan makanan. Justeru harga mark-up dan harga jualan boleh dikira menggunakan formula di bawah;
Harga jualan atau harga jualan seporsi boleh dibundarkan (jika perlu) mengikut mekanisma penggenapan seperti mana yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. Mekanisma penggenapan ialah mekanisma yang memerlukan jumlah keseluruhan yang berakhir dengan 1, 2, 8, dan 9 sen, digenapkan kepada puluh sen terdekat. Manakala 3, 4, 6, dan 7 sen digenapkan kepada 5 sen terdekat. Bagi jumlah yang berakhir dengan 1 dan 2 sen, ia akan diturunkan kepada puluh sen terdekat. Bagi 6 dan 7 sen diturunkan kepada 5 sen terdekat. Bagi 3 dan 4 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat manakala 8 dan 9 sen dinaikkan kepada puluh sen terdekat.
Jadual ‘Harga Jualan’ boleh dimasukkan ke dalam penulisan Kertas Cadangan atau penulisan Laporan Projek anda bagi menunjukkan pengiraan kos produk. Dalam konteks modul e-PTA, anda boleh menggunakan templat ‘Pengiraan Kos Projek’ yang telah disediakan pada menu ‘Lembaran Kerja’