Tugasan Penilaian
Tugasan Penilaian
Bahagian ini menyediakan Tugasan Penilaian bagi setiap komponen PTA yang dinilai. Tugasan ini disediakan mengikut komponen-komponen dalam DHA 3052: Projek Tahun Akhir 1 (PTA1) dan DHA 4054: Projek Tahun Akhir 2 (PTA2) yang akan dinilai seperti berikut;
PTA1:
1. Tugasan 1: Kertas Cadangan
2. Tugasan 2: Buku Log PTA1
3. Tugasan 3: Progres Projek
4. Tugasan 4: Pembentangan
PTA2:
1. Tugasan 5: Penulisan Laporan Projek
2. Tugasan 6: Buku Log PTA2
3. Tugasan 7: Hasil Projek
4. Tugasan 8: Pembentangan Projek
Tugasan disediakan dalam format Google Docs bagi memudahkan pelajar membuat suntingan (edit) pada bahan tersebut secara terus tanpa perlu memuat turun bahan terlebih dahulu. Risiko fail tugasan untuk rosak atau hilang juga dapat diminimumkan kerana fail tugasan tersebut akan tersimpan secara automatik di dalam Google Drive pelajar.