Projek Tahun Akhir (PTA) merupakan kursus wajib dalam program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang perlu dilaksanakan pada tahun akhir bertujuan untuk menguji dan menilai kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian empat (4) tahun lima (5) bulan yang dibahagikan kepada dua (2) tahun iaitu peringkat SVM dan dua (2) tahun lima (5) bulan peringkat Diploma. Tempoh pelaksanaan Projek Tahun Akhir adalah selama 2 semester iaitu Projek Tahun Akhir 1 (PTA 1) pada semester 3 dan Projek Tahun Akhir 2 (PTA 2) pada semester 4 dengan pengiraan dua (2) unit kredit bagi PTA 1 dan empat (4) unit kredit bagi PTA 2 seperti dalam struktur Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia.