Penyediaan Bahan & Peralatan
Penyediaan Bahan & Peralatan
Proses pembangunan produk makanan melibatkan penyediaan bahan dan peralatan. Bahan-bahan yang dipilih perlulah dipastikan bersih, segar dan selamat. Patuhi kaedah penyimpanan yang betul bagi memastikan kesegaran bahan mentah agar dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Sekiranya bahan utama yang anda gunakan terdiri dari bahagian makanan yang tidak digunakan seperti kulit dan biji buah-buahan atau sayuran, pastikan ianya diperolehi dari sumber yang bersih.
Peralatan dan perkakasan turut digunakan untuk menghasilkan produk makanan atau minuman. Pemilihan alatan dan perkakasan perlulah bersesuaian dengan fungsinya sama ada alatan memotong, alatan membentuk, alatan memasak, alatan menghias atau alatan menghidang.
Peralatan Memotong
Peralatan memotong merupakan alat yang digunakan untuk memotong atau menipiskan bahan semasa proses pembuatan. Antara peralatan memotong yang boleh digunakan dalam proses pembuatan produk anda adalah seperti berikut;
Alatan
Pisau tukang masak (Chef knife)
Keterangan & Fungsi
Pisau yang paling banyak digunakan kerana mempunyai fungsi yang pelbagai
Semua jenis bahan masakan atau makanan dapat dipotong menggunakan pisau ini
Mata pisau diperbuat daripada keluli tahan karat
Bentuk pisau ini rata dan melengkung di bahagian hujung matanya
Alatan
Pisau bergerigi (Serrated knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk memudahkan memotong bahan makanan yang lembut namun mempunyai permukaan kulit yang keras
Bentuk pisau ini panjang, mendatar, dan mempunyai mata yang bergerigi
Alatan
Pisau penyisih (boning knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk memisahkan daging daripada tulangnya, membuang urat dan lemak pada daging, dan memisahkan isi ikan daripada tulang
Pisau ini mempunyai bentuk bilah yang melengkung dan mengecil di bahagian hujung
Alatan
Pisau paring (Paring knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk memotong buah-buahan, sayur-sayuran, keju dan mengupas bawang
Memiliki bentuk yang sama dengan pisau tukang masak tetapi ukuran yang lebih kecil
Mata pisau ini berbentuk melengkung di bahagian hujung
Alatan
Pisau bulan sabit (Mincing Knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk memotong halus herba dan sayuran-sayuran lain
Pisau ini diperbuat daripada keluli tahan karat
Pisau ini berbentuk melengkung seperti bulan sabit serta mempunyai dua pemegang
Alatan
Pisau pengupas (Peeler Knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk membuang kulit sayur-sayuran dan buah- buahan
Pisau ini mudah digunakan kerana kecil dan ringan
Bentuk matanya seperti pisau pencukur
Peralatan Membentuk dan Mengukir
Peralatan membentuk dan mengukir digunakan untuk mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran dan bahan masakan yang lain. Kebiasaannya peralatan ini bersaiz kecil dan ringan.
Jadual: Peralatan membentuk dan mengukir serta fungsinya:
Alatan
Pisau ukir (Fruit Carving Knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran
Pisau ini ringan dan bersaiz kecil
Bentuknya kecil, pendek, dan melengkung serta mempunyai bentuk yang pelbagai
Alatan
Pisau turning (Turning Knife)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk membentuk, merapi, dan membuang kulit buah-buahan dan sayur-sayuran
Pisau ini bersaiz kecil dan ringan
Bentuk bilah pisau ini melengkung
Alatan
Parisian Scoop
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk mendapatkan bentuk bulat pada makanan, buah-buahan, dan sayur-sayuran
Ringan dan terdapat dalam pelbagai saiz Penerap
Alatan
Penerap (Cutter)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk membentuk doh, sayur-sayuran berubi, dan juga buah-buahan
Ringan dan diperbuat daripada keluli lembut tahan karat
Mempunyai pelbagai bentuk dan saiz
Peralatan Memasak
Alatan
Saucepot
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk membuat sup dan sos
Alatan
Brazier
Keterangan & Fungsi
Cetek dan berat, digunakan untuk braising dan browning
Alatan
Saucepan
Keterangan & Fungsi
Lebih kurang sama dengan saucepot, tetapi mempunyai pegangan yang panjang dan bukan pegangan pada setiap sisi.
Alatan
Sauté pan
Keterangan & Fungsi
Juga dipanggil Fry Pan, sisinya yang bercerun menjadikannya mudah untuk membalikkan makanan di kuali.
Alatan
Cast Iron Skillet
Keterangan & Fungsi
Berat dan tebal. Digunakan untuk menggoreng.
Alatan
Double Boiler
Keterangan & Fungsi
Periuk yang mempunyai dua bahagian. Bahagian atas diletakkan makanan, sementara bahagian bawah diisi dengan air mendidih yang memanaskan bahagian atas.
Alatan
Sheet Pan
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk membakar dan memasak daging
Peralatan Menghias
Peralatan menghias merupakan komponen penting untuk memberikan rupa bentuk yang menarik pada setiap reka bentuk makanan. Kebanyakan alatan menghias merupakan alatan yang digunakan untuk kerja-kerja menghias makanan jenis pastri dan kek.
Alatan
Spatula Offset
Keterangan & Fungsi
Spatula offset kerap digunakan untuk memastikan aising kek sama rata atau untuk mengeluarkan kek dari ketuhar.
Spatula ini juga digunakan untuk membalik penkek atau biskut dari ketuhar.
Alatan
Redai
Keterangan & Fungsi
Redai digunakan untuk menyejukkan kek, biskut atau roti yang sudah dibakar.
Fungsi redai ini supaya udara boleh bergerak bebas di bawah makanan dan supaya makanan tidak berpeluh dengan wap panas.
Alatan
Meja pemutar kek (Turn Table)
Keterangan & Fungsi
Fungsinya adalah untuk memutar kek yang dihias.
Terdapat pelbagai jenis meja putar yang diperbuat dari plastik, besi dan keluli tahan karat.
Alatan
Tiub aising (nozzle)
Keterangan & Fungsi
Ia merupakan komponen penting untuk memberikan rupa bentuk yang menarik pada setiap reka bentuk makanan. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz muncung (nozzle) untuk menghasilkan hiasan seperti bentuk kelopak bunga, daun, jalinan bakul, rumput, pokok, hati, dan bintang.
Alatan
Beg aising (piping bag)
Keterangan & Fungsi
Piping bag pada asasnya adalah beg berbentuk kon yang digunakan untuk menghias kek, pai, biskut, dan pastri.
Beg ini diisi dengan bahan untuk dipancutkan dan kemudian dipusing untuk memaksa bahan ke arah hujung kon yang dipasang dengan tiub (nozzle) bagi menghasilkan kesan hiasan yang berbeza.
Alatan Menghidang
Dalam konteks projek tahun akhir (PTA), kebiasaannya hasil produk akan dibungkus menggunakan pembungkusan yang telah direka bentuk pada fasa dua. Namun begitu, peralatan menghidang juga diperlukan terutama semasa menghidangkan produk kepada panel penilai ketika pembentangan projek atau pameran produk. Justeru, anda perlu menyediakan peralatan menghidang yang bersesuaian dengan jenis reka bentuk makanan yang direka. Contoh-contoh peralatan menghidang adalah seperti berikut;
Gelas kaca atau plastik lutsinar
Pinggan atau mangkuk (tidak bercorak bagi menonjolkan rupa makanan diatasnya)
Food display stand
Nyiru tampi pelbagai saiz
Dulang
Kutleri
Perkakasan Elektrik
Perkakasan ialah peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan. Penggunaan teknologi dalam industri reka bentuk makanan membantu meringankan kerja-kerja mereka bentuk, selain dapat menjimatkan masa dan tenaga. Berikut merupakan jenis perkakasan yang mungkin anda perlukan dalam pembangunan produk inovasi anda;
Jadual: Jenis perkakasan dan fungsinya
Alatan
Pemproses makanan (Food Processor)
Keterangan & Fungsi
Pemproses makanan ialah perkakas dapur yang digunakan untuk memudahkan tugas dalam penyediaan makanan seperti;
Mengisar, memotong, menguli, menghiris sayuran.
Mencampur sebati adunan.
Mencincang daging, ikan makanan kering seperti kacang, kelapa dan lain-lain.
Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 2 - 4liter hingga ke 30 – 45liter.
Alat ini dilengkapi dengan jag yang lebar, motor dan beberapa mata pisau yang digunakan untuk memarut, memotong, menghiris, mencincang dan mencarik (shredding) bahan makanan.
Alat ini mempunyai butang untuk mengawal kelajuan serta dilengkapi dengan alat keselamatan inter-lock .
Alatan
Mesin Pengisar (Blender)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk mengisar pelbagai jenis makanan
Terdapat dua bahagian jag iaitu untuk kisaran dengan campuran cecair (bentuk panjang) dan bekas untuk kisaran kering (bentuk pendek).
Jag mesin pengisar diperbuat daripada kaca, plastik atau keluli kalis karat. Semua jenis jag mempunyai sukatan matrik sebagai panduan. Ukuran kapasiti jag biasanya 1000 ml atau 1 liter. Jag dilengkapi dengan mata pisau keluli kalis karat yang dibentuk khas.
Mesin ini mempunyai beberapa butang untuk membuka dan menutup litar serta mengawal kelajuan motor.
Alatan
Mesin Pengadun (Mixer)
Keterangan & Fungsi
Digunakan untuk mengadun semua jenis adunan untuk membuat kek, biskut, roti, mi, dan pasta dan lain-lain.
Alatan ini mampu menampung muatan dari 20 hingga 100liter pada satu-satu masa.
Mangkuk adunan dan perkakas mengadun yang berlainan bentuk dan kegunaannya disertakan.
Paddle: Bilah rata untuk pencampuran umum.
Wire Whip: Digunakan untuk memukul
Dough Arm: Digunakan untuk mengadun doh.
Alatan
Pengukus elektrik
Keterangan & Fungsi
Alat pengukus makanan elektrik digunakan untuk mengukus makanan
Kebiasaannya kukusan sehingga tiga tingkat untuk memudahkan beberapa jenis makanan dapat dikukus secara serentak bagi menjimatkan masa.
Alat pengukus elektrik jauh lebih memudahkan kerana hanya perlu memilih tetapan masa yang diingini mengikut kesesuaian.
Pengukus jenis lutsinar lebih menarik dan penunjuk aras kuantiti air dapat memudahkan pengguna membuat semakan jika memerlukan tambahan air pada lubang air yang disediakan perlu membuka keseluruhan peralatan.
Alatan
Ketuhar elektrik (oven)
Keterangan & Fungsi
Oven adalah alat yang digunakan untuk memanaskan, memanggang, mengeringkan dan membakar makanan.
Terdapat pelbagai jenis ketuhar antaranya adalah built-in oven dan microwave oven.
Fungsi-fungsi yang terdapat pada ketuhar adalah top & bottom heat, top heat only, bottom heat only, dan temperature.
Alatan
Mesin pengering makanan (Food dehydrator)
Keterangan & Fungsi
Alat ini sangat berkesan dalam mengurangkan kandungan air makanan, tetapi tidak mengurangkan rasa asli makanan semasa proses pengeringan.
Alat ini juga membolehkan aktiviti penghasilan makanan kering seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, rempah ratus, dan bahan herba boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dalam sebarang keadaan cuaca.
Produk makanan kering biasanya dimakan sebagai makanan ringan yang sihat dan rendah kalori.