Reka bentuk Resipi Produk
Reka bentuk Resipi Produk
Reka bentuk resipi projek adalah proses menetapkan formulasi kepada produk yang ingin dibangunkan. Formulasi adalah resipi yang menyenaraikan semua bahan beserta jumlah dan cara-cara atau langkah penyediaannya. Resipi yang dicipta perlulah bersesuaian dengan kemahiran anda kerana kejayaan produk inovasi anda bergantung kepada resipi yang anda hasilkan. Berikut merupakan langkah-langkah penciptaan formulasi atau resipi projek yang betul;
Jadual: 6 Langkah Penciptaan Resipi Projek (Proses Pembangunan Produk Inovasi)
Langkah 1
Idea Dan Penyelidikan
Menetapkan formulasi asas
- Langkah pertama dalam penciptaan resipi projek adalah melalui idea. Dapatkan idea-idea melalui buku-buku resipi, blog-blog masakan atau test kitchen oleh chef-chef tersohor yang dapat dijadikan sebagai formulasi asas kepada resipi yang ingin anda bangunkan.
- Formulasi asas merupakan formula asas atau resipi asal yang dijadikan sebagai rujukan untuk membina formulasi baharu bagi produk inovasi anda.
- Buat sedikit penyelidikan dengan merujuk kepada pelbagai sumber untuk mengenalpasti nisbah bahan, teknik memasak, masa dan suhu memasak.
- Gunakan templat ‘Jadual Matrik Formulasi Asas’ dalam menu ‘Lembaran Kerja’ untuk merekod maklumat-maklumat tersebut.
Langkah 2
Draf Resipi Awal (formulasi 1)
Pengubahsuaian formulasi asas mengikut kesesuaian inovasi
- Setelah melakukan penyelidikan, perhatikan teknik memasak mana yang menjadi pilihan anda, ambil perhatian nisbah bahan, dan bandingkan masa dan suhu memasak.
- Drafkan resipi awal bagi inovasi anda dengan mengubahsuai formulasi asas
- Elemen-elemen yang perlu dinyatakan dalam resipi anda adalah nama resipi, masa dan suhu memasak, bahan-bahan berserta sukatan, peralatan yang digunakan, dan prosedur atau langkah-langkah penyediaan.
- Gunakan templat ‘Idea Resipi’ dalam menu ‘Lembaran Kerja’ untuk merancang resipi awal anda.
Langkah 3
Ujian Resipi Awal
Mengenalpasti hasil produk bagi formulasi 1
- Uji resipi awal anda dengan menggunakan bahan dan peralatan yang telah ditetapkan.
- Gunakan templat ‘Jadual Pengujian Formulasi’ dalam menu ‘Lembaran Kerja’ untuk anda menulis dan merekodkan hasil penelitian terhadap ciri-ciri hidonik seperti rupa, warna, rasa dan tekstur. yang mungkin anda akan perolehi dari resipi awal.
- Sebarang perubahan pada draf resipi awal perlu dicatat dengan teliti seperti penambahan atau pengurangan bahan, suhu dan masa memasak.
- Jadual yang sama boleh digunakan untuk pengujian formulasi 2 dan 3 bagi memudahkan anda membuat perbandingan.
Langkah 4
Penilaian Produk Inovasi Oleh Pakar Penilai
Menentukan ciri-ciri hasil produk bagi formulasi 1.
- Hasil produk yang diperolehi perlu dinilai oleh pakar penilai yang terdiri dari penyelia atau pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang makanan bagi menentukan adakah hasil produk memenuhi ciri-ciri hedonik yang baik.
- Borang maklum balas boleh digunakan bagi memudahkan panel pakar membuat penilaian dan dijadikan bukti bertulis bahawa resipi telah disahkan oleh pakar.
- Gunakan templat ‘Borang Maklum Balas Pakar’ dalam menu ‘Lembaran Kerja’ untuk proses penilaian tersebut.
Langkah 5
Penambah baikan Formulasi dan Pengulangan Penilaian Produk
(formulasi 2 & 3)
Proses penambah baikan formulasi, pengujian dan penilaian pakar
- Ubahsuai formulasi 1 berdasarkan komen pakar, uji resipi dan beri produk kepada pakar untuk dinilai semula (formulasi 2)
- Ulangi proses ubahsuai, uji resipi dan penilaian pakar sekiranya masih terdapat kekurangan pada formulasi (formulasi 3).
- Pastikan kesemua perubahan pada formulasi dicatat dan ciri hedonik yang terdapat pada hasil produk direkod dalam Jadual Pengujian Formulasi.
- Borang maklum balas diberikan kepada pakar setiap kali menjalankan proses penilaian produk.
Langkah 6
Menulis Resipi Akhir (formulasi baharu)
Menetapkan formulasi baharu bagi inovasi produk
- Resipi akhir adalah formulasi yang telah disahkan oleh panel pakar penilai setelah melalui dua atau tiga kali proses pengujian dan penambahbaikan.
- Proses ini dinamakan proses kesahan sampel produk. Kesahan sampel produk diperlukan bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk anda sebelum sampel diberikan kepada responden kajian.
- Formulasi baharu perlu ditulis menggunakan format resipi standard seperti di dalam templat ‘Resipi Standard’ dalam menu ‘Lembaran Kerja’.
- Resipi standard akan digunakan dalam fasa berikutnya iaitu fasa pembangunan produk.