NOTA PEMBELAJARAN
NOTA PEMBELAJARAN
Nota pembelajaran dalam e-modul Kursus Projek Tahun Akhir (e-PTA) ini telah dikhususkan kepada Projek Jenis Nyata iaitu pembangunan produk berasaskan makanan/ minuman untuk disesuaikan dengan Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia. Bab-bab di dalam nota pembelajaran ini telah dipecahkan kepada 5 bahagian berdasarkan fasa-fasa dalam Model ADDIE yang merangkumi Fasa Analisis, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian.
Fasa pertama dalam Model ADDIE adalah fasa analisis. Dalam fasa ini, anda perlu menjalankan analisis keperluan projek.
Fasa kedua dalam Model ADDIE adalah fasa reka bentuk. Reka bentuk bermaksud pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk
Fasa ketiga dalam Model ADDIE adalah fasa pembangunan produk. Dalam fasa ini, anda perlu membangunkan produk yang telah direka bentuk pada fasa dua.
Fasa keempat dalam Model ADDIE adalah fasa pelaksanaan. Dalam pelaksanaan kursus projek tahun akhir, terdapat dua jenis metodologi atau kaedah yang perlu dijalankan.
Fasa kelima dalam Model ADDIE merupakan fasa terakhir iaitu fasa penilaian. Dalam konteks Kursus Projek Tahun Akhir (PTA) di Kolej Vokasional, penilaian akan berlaku pada semester 3 (PTA 1) dan semester 4 (PTA 2).