FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Borang LIBFRENZ digunakan bagi proses pengambilan para pelajar khususnya pelajar Semester II bagi menganggotai Kelab Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dimana nama kelab Perpustakaan dikenali sebagai LIBFRENZ yang ditubuhkan semenjak 2022.
Borang Permohonan Buku ini digunakan khusus oleh para Ketua Program bagi memohon perolehan buku baru untuk ditempatkan di premis Perpustakaan KKKB bagi menyokong proses PdP.
Borang Kepuasan Pelanggan adalah borang yang digunakan oleh para pelajar bagi mengenalpasti sejauhmanakah keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan kepada mereka.
Borang Instrumen Penilaian digunakan oleh para pelajar yang terlibat dengan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan @LIBFRENZ. Tujuan borang ini diwujudkan adalah bagi mengenalpasti keberkesanan sesuatu program atau aktiviti itu dianjurkan.
Borang Rekod Shelving digunakan oleh pegawai perpustakaan KKKB bagi memastikan buku-buku dalam keadaan teratur dan kemas di rak yang dikhususkan dan dalam waktu yang sama adalah sebagai kawalan kepada proses kerja agar selari dengan tugas hakiki dan Sasaran Kerja Utama (SKU) yang ditetapkan oleh organisasi.