FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Pada 08 Februari 2022, Selasa, Perpustakaan KKKB telah menerima lawatan dari UJK JPPKK bagi persediaan menghadapi Audit Akreditasi MBOT dan Audit Pematuhan MQA yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2022.
Pada 14 Mac 2022, Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima lawatan penialaian Akreditasi Penuh ( TTAC ) dari Lembaga Teknologis Malaysia ( MBOT ) dan pihak Perpustakaan turut sama menjalani proses tersebut.
PEMANTAPAN AUDIT DALAM EOMS
Pada 04 & 05 September 2023 ( Isnin & Selasa ) Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menjalani proses Audit 1st Stage Persijilan EOMS 21001 : 2018 dan berjaya melepasinya dimana Unit Perpustakaan turut sama terlbat dalam proses auditan tersebut.
Proses Audit Persijilan EOMS 21001 : 2018 selama 2 hari tersebut telah dijalankan oleh Pn Maznah Binti Mat Isa, Juruaudit QAS International SDN BHD.
BENGKEL PEMERKASAAN PENGURUSAN RISIKO
BENGKEL PEMURNIAN PENGURUSAN RISIKO
ISO 21001:2018
Pada 17 - 18 Oktober 2024 Khamis & Jumaat ) Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menjalani Audit Surveillance EOMS.
Pelaksanaan Audit selama 2 hari ini telah di jalankan oleh Pn. Parimala Devi a/p Ganesan dan En. Md Shah bin Md Said.
Pada 29 dan 30 Oktober 2026 telah berlangsung Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh MBOT bagi Sijil Teknologi Senibina (STS) dan Sijil Teknologi Pembuatan (SMN) Kolej Komuniti Kepala Batas.
Penilaian bagi Sijil Teknologi Senibina diketuai oleh Ts. Dr Nurul Akmam Binti Naamandadin manakala penilaian bagi Sijil Teknologi Pembuatan dipengerusikan oleh Ts. Wan Mohamad Akmal Bin Wan Makhdzar.
Unit Perpustakaan turut terlibat dalam lawatan penilaian ini dimana antara soalan-soalan Auditor adalah berkisar tentang penyediaan serta peruntukan kewangan bagi Perpustakaan, sumber bacaan fizikal, e-book, Pangkalan Data, Inter Library Loan (ILL), Kolaborasi bersama institusi Perpustakaan lain, Sistem OPAC, Statistik, QR Kod bagi 2 Program berkaitan, Pelupusan Bahan, kaedah penyebaran dan perkongsian info, aktiviti Perpustakaan, Portal@Website Perpustakaan seterusnya Program Penarafan Bintang Perpustakaan Negara Malaysia.