FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
CABARAN MINDA RAMADHAN
Kuiz sempena Ramadhan ini dijalankan secara online dimana menggunakan platform Quizizz melibatkan para pelajar KKKB
Pada 14 April 2026 ( Selasa ) Kelab Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas, LIBFRENZ dengan kerjasama penuh pihak Unit Ambilan Pengurusan Pelajar ( UAPP ) KKKB telah menganjurkan Pertandingan Sukan Tradisional sempena Warna Warni Budaya 2026 KKKB.
Premis Perpustakaan telah menjadi venue bagi pertandingan Sukan Tradisional iaitu Sukan Congkak dan Batu Seremban dimana pihak UAPP KKKB berbesar hati dalam menyumbang dan menyediakan 10 Hadiah kepada para pemenang bagi kedua-dua kategori sukan tersebut.
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada para pelajar khususnya kepada para peserta yang berkerjasama dan sporting dalam menjayakan program ini selain kerjasama daripada anggota Kelab Perpustakaan LIBFRENZ yang membantu sekaligus menjayakan program ini dari mula hingga selesai. Ucapan terima kasih juga kepada Unit UAPP KKKB yang telah memberikan peluang kepada pihak Perpustakaan serta tidak ketinggalan kepada Ketua Unit Pengajian Am yang turut melakukan promosi kepada para pelajar malah turut serta terlibat secara langsung.
Pada 23 April 2026 ( Khamis ) pihak Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) melalui Unit Perpustakaan dan Kelab Perpustakaan KKKB, LIBFRENZ telah menyertai Majlis Perasmian Program Jom Baca 10 Minit 2026 bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang serta turut sama melaksanakannya di KKKB sendiri bagi menyahut seruan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai badan induk yang menyelaras program ini setiap tahun.
Unit Perpustakaan KKKB telah membahagikan para anggota LIBFRENZ kepada 2 kumpulan dimana 1 kumpulan ( 5 Orang ) menyertai program di Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan satu kumpulan lagi ( 7 Orang ) mengadakan program Jom Baca di institusi KKKB sendiri.
Bagi program di peringkat negeri Pulau Pinang, Majlis Perasmian program yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang (PPAPP) telah disempurnakan oleh Dr. Haji Joohari Bin Ariffin, Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang (Al-Hady Centre) mewakili YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Pada 23 April 2026 ( Khamis ) pihak Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) melalui Unit Perpustakaan dan Kelab Perpustakaan KKKB, LIBFRENZ telah menyertai Majlis Perasmian Program Jom Baca 10 Minit 2026 bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang serta turut sama melaksanakannya di Institusi KKKB sendiri bagi menyahut seruan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai badan induk yang menyelaras program ini setiap tahun.
Unit Perpustakaan KKKB telah membahagikan para anggota LIBFRENZ kepada 2 kumpulan dimana 1 kumpulan ( 5 Orang ) menyertai program di Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan satu kumpulan lagi ( 7 Orang ) mengadakan program Jom Baca di institusi KKKB sendiri.
Di Kolej Komuniti Kepala Batas, program Jom Baca Bersama 10 Minit ini diadakan tepat jam 11.00 pagi selama 10 minit dimana ia melibatkan semua warga KKKB pelbagai peringkat dari Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, pensyarah, Kakitangan Kumpulan Pelaksana dan para pelajar KKKB.
Pada 30 September 2026 ( Rabu ) jam 11.00 pagi, Kelab Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas, LIBFRENZ telah berpeluang mengadakan lawatan ke Perpustakaan UiTM Seri Iskandar dan juga Perpustakaan Politeknik Ungku Omar, Perak.
Lawatan LIBFRENZ ini telah diketuai oleh Pegawai Perpustakaan KKKB, Pn. Kartini Binti Zakaria bersama Pegawai Perpustakaan Politeknik Seberang Prai ( PSP ) Pn. Zaliza Binti Zakaria.
Objektif lawatan di kedua-dua premis Perpustakaan ini antaranya adalah bagi mempelajari kaedah Pengurusan Perpustakaan Akademik pada skala yang lebih besar yang diamalkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar manakala bagi Politeknik adalah bagi bertukar maklumat berkaitan Sistem Pengurusan Maklumat Perpustakaan seperti KOHA dan juga OPAC selain Kolaborasi Strategik dengan membina rangkaian kerjasama bagi tujuan pemindahan ilmu (knowledge transfer) berkaitan pengurusan perpustakaan.
Kehadiran kami telah disantuni oleh Puan Hajah Siti Basriyah binti Shaik Baharudin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Perak, bersama barisan pustakawan dan warga PTAR manakala di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah disambut oleh Pustakawan, Puan Zamzilah Binti Ismail, Ketua Unit Perpustakaan PUO.
Lawatan ini juga memberi peluang kepada para pelajar khususnya kepada ahli Kelab LIBFRENZ bagi meninjau keadaan Perpustakaan Akademik yang lebih besar dengan ribuan koleksi serta kemudahan-kemudahan yang disediakan sekaligus menarik serta menambahkan minat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Politeknik dan seterusnya ke Universiti Awam.
Program ini adalah anjuran Kelab Perpustakaan LIBFRENZ Kolej Komuniti Kepala Batas.