FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
E-book adalah singkatan kepada ‘electronic book’ yang membawa maksud ‘buku elektronik’. Ia adalah buku yang diterbitkan dalam bentuk digital dan memerlukan peranti elektornik seperti pembaca e-book ( ebook reader ), telefon pintar ( smartphone ), tablet, komputer riba (laptop ) atau komputer untuk dibaca.
E-book boleh diterbitkan dalam beberapa format iaitu TXT (.txt), EPUB (.epub), MOBI (.mobi), AZW (.azw), AZW3 (.azw3) dan PDF (.pdf).
Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas turut menawarkan kemudahan E-book bagi para pengguna khususnya para pelajar dan ia adalah dalam format fail PDF kerana format ini adalah yang paling mudah untuk dibuat dan boleh dibaca di kebanyakan peranti elektronik.
Koleksi E-Book Perpustakaan KKKB terdiri daripada 4 Program yang ditawarkan di KKKB seperti Program Sijil Teknologi Automotif ( SAU ), Program Sijil Teknologi Senibina ( STS ), Program Sijil Teknologi Pembuatan ( SMN ) & Program Sijil Animasi 2D ( SDD ).
Koleksi E-Book di Perpustakaan KKKB boleh didapati atau dicapai dengan mengimbas QR Code yang terdapat di bucu2 meja Perpustakaan, di karrel ( meja ) komputer atau juga klik folder2 berdasarkan program di PC Perpustakaan.
Pengguna juga boleh terus menghubungi Pegawai Perpustakaan bagi mendapatkan full PDF Fail bagi E-Book yang dikehendaki kerana pihak Perpustakaan tidak berkongsi sepenuhnya tajuk-tajuk buku yang terdapat di koleksi E-Book Perpustakaan.
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF
SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN
SIJIL ANIMASI 2D