FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Pada 25 Mac 2025, Selasa ( 24 Ramadhan 1446 ) telah berlangsung Program World #QuranHour 1446 - Satu Kebangkitan, Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025 di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan dianjurkan oleh Pihak Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
Pada 22 April 2025 ( Selasa ) pihak Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) melalui Unit Perpustakaan serta dibantu oleh Kelab Perpustakaan KKKB, LIBFRENZ telah menyertai Majlis Perasmian Program Jom Baca 10 Minit bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Kebangsaan.
Majlis Perasmian program yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ) dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah ( PPAK ) ini telah telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Encik Edy Irwan bin Zulkafli.
Pada majlis tersebut, Menteri telah mengumumkan pelaksanaan semula Program Baucar Buku Semarak Membaca 2025 yang bertujuan meringankan beban pembelian bahan bacaan dan merangsang industri perbukuan negara sebanyak RM1,000,000.00. Berkaitan baucar buku, ia boleh ditebus di Pesta Buku Negeri yang terlibat. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web :
Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menghantar 60 peserta terdiri daripada para pelajar pelbagai program dan ini adalah julung kalinya kerjasama dibuat bersama pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah ( PPAK ) dan Pihak Perpustakaan Desa.
KUIZ KEMERDEKAAN 2025
TAJUK : KUIZ KEMERDEKAAN 2025
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera kepada Warga KKKB.
Alhamdullillah, pada 29 Ogos 2025 ( Jumaat ) tepat jam 09.00 - 10.30 pagi, Perpustakaan KKKB dengan kerjasama Unit Pengajian Am KKKB telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke – 68 secara atas talian dengan menggunakan Platform Quizizz.
Seramai 97 orang peserta terdiri daripada pelajar pelbagai program di Kolej Komuniti Kepala Batas telah menyertainya dan syabas serta tahniah diucapkan kepada 5 orang pemenang yang telah dipilih berdasarkan pencapaian markah tertinggi serta kepantasan dalam menjawab soalan dengan tepat kuiz yang disediakan.