FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
LIBFRENZ telah ditubuhkan pada awal tahun 2022 dengan tujuan utamanya adalah bagi melibatkan para pelajar bersama-sama Pihak Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas dalam mendukung aspirasi institusi dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang seterusnya melaksanakannya.
Pada pengambilan pertama LIBFRENZ, seramai 11 orang pelajar terlibat dalam menganggotainya dan terdiri daripada pelajar-pelajar dari pelbagai program di Kolej Komuniti Kepala Batas.
Objektif utama LIBFRENZ adalah selain memberi pendedahan asas kepada pelajar terhadap konsep dan kaedah penggunaan perpustakaan melalui aktiviti yang dijalankan ia juga turut menggalakkan pelajar untuk berkhidmat kepada perpustakaan serta menjadi pembimbing rakan sebaya dalam aspek pendidikan pengguna.Â