FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
E -news merujuk kepada berita yang disampaikan melalui medium elektronik seperti laman web, aplikasi mudah alih atau platform media sosial. Ia merupakan bentuk penyampaian maklumat yang lebih cepat dan terkini berbanding dengan media tradisional seperti surat khabar.Â
Perpustakaan KKKB berkongsi e-newspaper kepada para pengguna melalui perkongsian dilaman ( website ) rasmi Perpustakaan dan juga Facebook Perpustakaan hampir setiap hari dan ia terdiri daripada akhbar-akhbar utama negara seperti Berita Harian, New Straits Times Press, Sinar Harian, Sunday Times, The EDGE, The STAR dan The SUN.
Bagi akhbar luar negara pula, ia terdiri daripada akhbar-akhbar utama dunia dari Amerika Syarikat, England dan juga akhbar-akhbar utama negara-negara dari rantau Asia Barat seperti Arab Saudi, Kuwait, United Arab Emirates, Qatar, Bahrain, Iran dan Oman.