FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
Premis Perpustakaan terletak di tingkat bawah Blok A Bangunan Pentadbiran Kolej Komuniti Kepala Batas dan keluasan ruang Perpustakaan KKKB adalah sekitar 161.5m2 serta boleh memuatkan maksimum pengunjung seramai 42 orang pengguna pada satu-satu masa.
Sistem Perpustakaan yang digunakan adalah Sistem KOHA dan terdapat sebanyak kira-kira 8,199 buah naskhah monograf serta 447 buah bahan digital.
ISNIN - KHAMIS ( 08.00 PAGI - 05.00 PETANG )
JUMAAT ( 08.00 PAGI - 12.15 TENGAHARI ) & ( 02.45 PETANG - 05.00 PETANG )
SABTU & AHAD ( TUTUP )
HARI KELEPASAN AM ( CUTI )
Sebarang penutupan operasi Perpustakaan akan dimaklumkan kepada para pengguna khususnya pelajar KKKB melalui aplikasi Telegram Perpustakaan dan Telegram Pelajar KKKB
Semua transaksi pinjaman, pemulangan dan pembaharuan buku hendaklah dilakukan di kaunter pinjaman.
Setiap peminjam perlu bertanggungjawab dan menjaga kualiti dan keselamatan buku yang dipinjam.
Sekiranya terdapat buku yang hilang atau rosak, peminjam akan didenda dengan bayaran 2 kali ganda harga buku tersebut.
Buku yang lewat dipulangkan pada tarikh akhir peminjaman akan didenda RM 0.20 untuk sebuah buku.
Pelajar perlu berpakaian kemas dan mematuhi kod etika pakaian Kolej Komuniti Kepala Batas, berpakaian kemas ketika masuk ke perpustakaan dan membawa kad pelajar.
1. Peminjaman & Pemulangan Buku
Pelajar 1 Minggu & Pensyarah 1 Bulan
2. Penggunaan Komputer Berinternet
Tiada had masa & tiada konsep tempahan
3. Perkongsian E-Book
Dikongsi hampir setiap hari meliputi 4 program pengajian di Kolej Komuniti Kepala Batas
4. Perkongsian E-Magazine
Dikongsi setiap hari meliputi pelbagai genre dari pelbagai majalah luar negara melalui applikasi Telegram Perpustakaan, FACEBOOK Perpustakaan dan website Perpustakaan
5. Perkongsian E-Newspaper
Dikongsi setiap hari meliputi pelbagai akhbar dalam & luar negara melalui FACEBOOK Perpustakaan dan website Perpustakaan
6. Literasi Maklumat
Perkongsian pelbagai Pangkalan Data seperti Odillo, U-Pustaka, E-Lib, U-Gate dan lain-lain.